Catatan

Ziqri - in nenek kedah's present

Imej
Baju ni hadiah dari nenek kedah pada ziqri minggu lepas. Tapi nenek kedah sendiri tak dapat lagi pegang ziqri masa dia datang sini itu hari. Sebab, ziqri masih lam wad masa tu. Nenek kedah dapat tengok dari luar jer. Apa leh buat. Nanti hari raya nanti nenek kedah leh gentel-gentel ziqri, dukung-dukung ziqri.. Tunggu tau.. Ni ziqri pakai baju hadiah dari nenek kedah. Ensem tak ziqri.. hehehe :: Klik untuk cerita penuh :: Enjoice...Sharing is power!!!

Hari Sabtu yang sibuk...?

Imej
Hari ini hari Sabtu. Hari Sabtu ini sangat sibuk.. Kakakaka.. Tulis dan baca macam bebudak kelas belakang la pulak. Aku memang dah target hari ni mesti gila babas nyer.. Pepagi buta dah siap sumer. Start keter. Terus ke sekolah, sesampai jer nengok pintu dewan masih kunci, pintu pejabat pun kunci lagi.. Hahaha.. On-time la maknanya tu. Baru keluar keter, Pn. Teng sampai. Terus setelkan dewan. Pasang LCD dan laptop. Setel. Nengokkan bilik tayang lak. Rasa cam kureng jer.. Aku cabut wayar LCD, dan pasang kat TV baru kampus Astro.. Walllah.. Memang syiok la sikit mata dan telinga nak menghayati. Setel. Si Esah pulak dok meraban pasal scout. Bagi kunci pusat akses.. Tolong lebih kurang.. Setel.. Gi nengok takraw. Kasik kat Syamsul. Setel la tu.. Masa aku turun balik dari Kursus Pengawas nengok depa semua dah konker gelanggang takraw.. setel. Pastu kuar pi ambank bukit indah. Borak ngan guard.. mintak izin nak amik gambo.. setel gak.. Balik nengok kursus pengawas.. masalah lcd sama speake

Baju "merak" iqa

Imej
Lambat jugak aku hapdet kali nih. Maybe sebab semalam aku penat tahap gaban agaknya kot. Lalok jer sampai ke petang. Hari jemaat lepas iqa dah dapat baju sukan sekolah dah. Dah takyah pakai baju nuri lagi. Iqa rumah kuning dan secara rasminya masuk lam kumpulan merak sama cam aku. Hahahaha.. Aku nak kuning jadi juara lagi la tahun ni.. Amacam?? Ada brann.. Baju ni a bit larger than her lah. Tapi memang si iqa ni comel jer budaknya. Nampak gelebeh sikit la. Tak kisahlah.. Yang penting aku nak umah kuning pulun lagi jadi juara tahun nih.. dah 4 tahun dah nih.. Harap-harap leh jadi juara 5 kali berturut-turut.. Hopefullyy... Enjoice...Sharing is power!!!

Pra Earth Hour 2010

Imej
Tahun ni earth hour dibuat pada 27 Mac, berbanding tahun lepas 29 Mac. Memang syiok woo buat mender yang ada sesetengah orang cakap buang karan jer ni.. Apasal buang karan lak.. kan jimat karan tu.. Bumi pun dapat la sejuk seketika selama sejam. Esok tepat jam 8.30 malam marilah kita sama-sama mematikan lampu selama sejam sebagai simbolik dan menyejukkan bumi sekejap selama sejam. Bukannya lama sangat pun.. sejam jer. Dan memang rasa sangat best, bagi aku la. Sebab aku dapat nembak bintang dengan sangat gembira. Bila lampu semua kita tutup, kita dapat nengok bintang-bintang di langit dengan sangat jelas. Tengokla gambo-gambo earth hour 2009 aku yang lepas.. di sini Enjoice...Sharing is power!!!

Pertandingan sempena minggu anti dadah sktta

Imej
Ni acara pada hari Khamis baru-baru ni. Lepas rehat tahap dua, semua bebudak sekolah masuk ke dewan untuk acara ni. Ada tiga pertandingan yang dijalankan untuk bebudak. Syarahan, Sajak dan Nyanyian. Cuma aku memang ngantuk sikit la semenjak ziqri kena intensif care ni. Sib baik ada cikgu-cikgu praktikal ni. Leh gak aku sandarkan kamera aku ke bahu diaorang. Tapi hasil dia aku kena paham-paham sendiri la. Tak leh la nak kutuk lebih-lebih, cantas ajerla yang mana aku tak puas hati kan. Edisi koyak gambo bak kata member sepotografi. Tapi aku masih tak sempat wat sesi formal depan diaorang. Overall masih banyak yang perlu diaorang pelajari. Out of fokus, perkara biasa. Lagipun aku yang letakkan mode "A" kat kamera kan. Of course la aku tak akan puas hati sangat kan. Tapi aku kasi average la untuk korang.. Boleh ambik gambo, tapi masih banyak yang perlu dipelajari. ps : yang best.. aku leh pegang henpon aku amik bideo.. dan hampir terlelap.. hehehe.. :: Klik untuk cerita penuh

A stone that kill two birds

Imej
Bodoh!!! Tu ler ayat aku pagi tadi lepas dengar rintihan bini aku kat telefon. Apakejadahnya sampai boleh jadi sampai lagu ni. Memang bodoh lagi bebal.. Kisahnya dua hari lepas aku gi hantar borang cuti bersalin bini aku ke sekolah dia. Ala.. yang aku mengamuk satu Puteri Specialist itu hari. Tak sangka borang yang sama akan membangkitkan amarah aku buat kedua kalinya. Kesnya.. borang tak lengkap. Apa yang tak lengkapnya. Bahagian tarikh cuti bersalin. Diulang.. bahagian tarikh cuti bersalin. Sebab orang rumah aku dah cakap pukul 2 baru kerani tu ada, so aku lambat-lambatkan lah sikit pergi tu, siap isi minyak lagi. 2.30 aku sampai ke pejabat sekolah X. Masuk. Tanya kerani A. Saya nak hantar borang ni. Kepada sapa ya saya nak berurusan. Oooo.. Ni untuk kerani M (stands for mangkuk ayun), tapi dia tak masuk lagi. Takpe la.. Tinggal kat saya jer la. nanti saya bagi pada dia. Tapi bahagian tarikh cuti bersalin lum isi. Nanti dia buat la.. Aku pun mula la mengorak langkah untuk te

Operasi Anggur Hijo

Imej
Hari ni dalam perjalanan balik, aku singgah jap ke tesco; alang-alang lalu nak balik gelang patah kan. Main target sebenarnya anggur hijau jer. Sekali mama sms, dah jadi banyak la pulak. Lum masuk pampers, sabun basuh dan banyak lagi. Jenuh nak cari anggur nih.. Dah dapat kena pilih la pulak. Tengok banyak yang dah tak berapa baik. So memang kena cari bebetul. Tapi memang berbaloi la masa aku terbuang. Anggur dia memang terbaik.. rangup dan lemak berkrim.. Dah tu sebelum balik, si iqa sempat gak pau aku beli buku @ majalah yang dia nak.. Adooiii.. Balik siap berebut lak ngan adik dia.. Len kali kena beli buku yang sama la nampaknya.. hehehe.. Tapi anggur tu memang disukai semua orang. Ziqri tah yah citer la.. besar mulut dia nak membaham.. hehehe :: Klik untuk cerita penuh :: Sekali ambik 8 bungkus.. stok ni tahan sebulan jer.. Mana taknya.. dedua kakak-kakak ziqri masih hisap susu.. tak malu tul.. Anggur untuk ziqri.. mama pun suka, kakak-kakak pun suka.. boleh taha

T-Shirt baru pengakap

Imej
Mulai tahun ini, t-shirt pengakap yang akan digunakan sama cam gambar yang ditunjukkan. Dibahagian belakang ini nanti akan tertera perkataan "SK TAMAN TUN AMINAH 1 08". 08 tu bukannya tahun 2008, tapi kumpulan 08. Harga seunit t-shirt ini cuma RM12 sahaja. Order boleh dibuat pada mana-mana cikgu pengakap.. Enjoice...Sharing is power!!!

Ziqri - after the treatment

Imej
Sian baby ziqri.. dah gelap sikit. Mana taknya.. Tiap-tiap hari kena salai, kena cucuk ambik darah, kena salai balik, cucuk lagi.. Tu jer la apa yang dialami dia setiap hari.. Dah balik ni buat ajer la apa yang dah dia alami kat spital. Tolak salai ngan cucuk jer la. Makan 3 jam sekali, taknak kalu.. tonyoh.. Penat gak la. Tapi nak wat camner kan.. Untuk kebaikan dia jugak.. :: Klik untuk cerita penuh :: Sian nengokkan tangan dia.. dah naik lebam asik kena cucuk jer.. Slideshow Enjoice...Sharing is power!!!

Hari yang gumbira!

Imej
Hari ni bermula dengan sikit tension. Tension pasal boleh jem lak kat jalan lima kedai, bebetul bawah flyover highway. Apasal lak ni. Memula tu makian jugak la kuar ke pemaju.. dah tau nak buat jalan tak reti nak letak orang ker kontrol flow jalan. Last-last aku pusing jer balik ke gelang patah. Asyik geng dari lima kedai jer lepas .. hampeh tul. Dan pada pagi ni jugak aku pecahkan rekod pemanduan aku yang biasanya sangat ber'hemah' tu. Bukan setakat aku memecut lepas 12 lagi, malah dah pandai highbeam keter yang slow kat highway.. Gila buang masa aku tul pagi ni. Alhamdulillah.. Sampai sekolah ngam-ngam ada masa untuk iqa makan kat kantin.. Pergghhh.. Esok.. aku bawak cam biasa balik la.. Sampai jer mintak kebenaran dari pk nak gi spital kul 8 nanti. Pastu beborak ngan cikgu-cikgu yang baru mendaftar untuk praktikal kat sekolah aku ni. Lam kul 8 terus calo gi gelang patah. Pusing balik ke spital. Hari ni memang tepat tekaan aku. Penuh ngan orang dan keter. Malas dah aku nak