Catatan

Scout Photoshoot

Imej
Ni projek semalam sebenarnya. Lambat sikit haplod pasal projek Apresiasi Seni pun baru settle semalam. So, kisahnya bebudak ni akan keluar lam paper. Jadi kena la ambik gambo diaorang untuk dihantor ke sokkabar nanti. Dari belakang sampai satu sekolah kitaorang ronda. Cuma kecik ati sikit la pasal tak dapat ambik gambo ngan gajet diaorang. Foto Montaj

Selamat berpuasa

Imej
Selamat berpuasa kepada semua muslim. Iqa pun nak try puasa. Pepagi dah bangun sahur. Jamah sikit nasi ngan telur sama sambal goreng. Harap-harap dapat tahan sampai ke berbuka. InsyaAllah..

Malam Apresiasi Seni Perpaduan RIMUP 2009

Imej
Akhirnya.. Mempersembahkan Malam Apresiasi Seni Perpaduan RIMUP 2009. Bertempat di Persada. Memang best la. Aku bawak dua kamera malam tu. D70s ngan 11-16mm, D60 ngan 70-300mm. Mazhab aku memang tele dari dulu. Ultra tu baru nak try berjinak-jinak. Hasilnya.. banyak lagi yang tele dari ultra, walaupun dari awal kononnya nak try ultra jer. Sampai jer bebudak sambutan dah penuh kat pintu. Tengok jap rehearsal akhir sambutan. Pastu gi klik-klik muka. Aku jaga belah kanan pentas, tajul belah kiri pentas. Satu disadvantage sebab asap kuar sebelah aku. Tapi takpe, sebab dewan memang pack habis. Aku taknak la redah vip untuk ke kiri, biar tajul settle je belah tu, aku belah ni jer. Kelakar bila aku tengok belakang aku penuh ngan photog gak. Tapi dah memang style aku, masa kerja buat jer kerja tu. So, nanti ler kalau ada masa aku borak la ngan korang, tapi aku rasa maybe kebarangkalian besar tak kot. Majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Tahniah pada semua warga produksi. Korang memang

Malam Apresiasi Seni - Full Dress Rehearsal

Imej
Tak sempat lagi nak hapdet Malam Apresiasi Seni yang penuh lagi. Tak sempat maaa.. Gambo manyak sangat ambik semalam. Balik jer dah kul 12.00 malam. Terus tertidur. Ingat dapat review kat sekolah tadi, tapi memacam la nak kena settle. Ye la, dua hari tinggal sekolah. Petangnya lak kena jadi fasi laman web panitia. Memang tak sempat. Buat masa ni tengok dulu la yang Full Dress yang sebelah pagi nyer dulu ekkk... Yang best masa ambik ni, aku sempat cakap ngan tajul; tak jadi malam ni, ni semua leh topup masuk. Sekali mana boleh maa.. malam punya lagi colourful. Tudung ilang, spek ilang. Berubah habis.. Layan dulu la yeeee... Foto montaj

Webs.com - Daftar dan basic setting

Imej
Banyak tapak laman web percuma yang boleh kita gunakan untuk memuatnaik laman web kita ke dunia siber ini. Antaranya seperti Blogger, Wordpress dan Webs.com. Untuk tutorial kali ini, saya akan menerangkan penggunaan Webs.com sebagai pelantar. Webs.com lebih mudah dan sesuai digunakan terutama untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia siber ini disebabkan ianya mempunyai hampir semua perkara yang diperlukan, dari blog, page biasa sehinggalah ke kalender grafik dan forum. Anda boleh mula mendaftar akaun percuma anda di http://www.webs.com Pendaftaran Pilih nama yang anda akan gunakan untuk laman web sebagai username. Sebagai contoh di sini saya pilih panitiamuzikjb sebagai username. Seterusnya masukkan kata laluan yang anda akan pakai nanti. Kata laluan yang baik terdiri daripada 8 aksara digabung huruf dan nombor sebagai contoh 123asd45 atau 12345ghj. Seterusnya laman berikut akan dipaparkan. Masukkan data yang dikehendaki. Masukkan tajuk untuk laman web anda. Untuk bahagian umu

Malam Apresiasi Seni - Prologue

Imej
Tarikh : 19 Ogos 2009 Masa : 8.00 malam - 11.30 malam Tempat : Persada Full version - Coming soon

Malam Apresiasi Seni - Rehearsal

Imej
Sepanjang hari bersama dengan warga kerja Aspirasi Seni untuk RIMUP Kebangsaan 2009 di Persada. Banyak juga yang perlu diperbetulkan balik. Ye lah. Latihan tempat lain, suasana lain, pentas pun lain. Koreografer memang penat la hari ni. NAk perbetul here and there. Sebelah petangnya test sekali flow yang telah dtetapkan pada sebelah paginya. Esok, pepagi lagi dah full rehearsal. Pada sebelah petangnya, sesi fotografi peserta diambil untuk dimasukkan ke dalam buku program. Warga produksi Foto Montaj

Perhimpunan Perpaduan & Integrasi Pemimpin Murid (RIMUP) peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 2009

Imej
Perhimpunan Perpaduan & Integrasi Pemimpin Murid (RIMUP) peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 2009 Malam bersama pemimpin dijalankan bertempat di Persada malam ini. Huh.. Memula memang memalu kucin nak kuar kamera. Al-maklum la, pakai 70-300 tamron jer kan. Mana ada white lens. Tengok reporter penuh.. Tapi jap ajer memalu kucin tu. Lelama aku yang lagi lebih pada reporter. Cam biasa la, tengok keadaan keliling dulu. Mana kita nak duduk ni. Aku macam biasa tawaf dulu satu dewan. Nampak pulak si Nazri. Borak-borak jap. Pastu terus aku ambik port area tu jer. Jam dah hampir kul 9 malam, kelibat VVIP masih tak kelihatan. Bebudak nampak ramai yang dah mengeluh. Dah lama kan dok lam keadaan statik. Aku perati sorang-sorang. Memang yang sekolah rendah nampak lebih tak tenteram. Maybe gementar kot. Tepat jam sembilan VVIP sampai. Majlis terus dimulakan dengan nyanyian lagu Johor dan Negaraku. Seterusnya hadirin dihiburkan dengan persembahan dan diikuti dengan bacaan doa. Foto montaj

Ujian Permata Pintar UKM 2

Imej
Waa.. Pagi ni aku kena bawak budak ni pergi ambil ujian kedua Permata Pintar kat SMK Taman Tun Aminah. Semalam dah call parent dia. Tapi tak sangka betul, budaknya sangat pendiam. Sepatah tanya, sepatah jawab. Sesambil tu aku terangkan pasal ujian tu nanti. Memang banyak betul kalau ikut surat yang diterima. Ada 15 modul untuk diselesaikan dalam masa 2 jam 30 minit. Sampai jer sekolah tu, terus aku bawak si Diva ni pergi cari makmal. OK ler. Tak mula lagi, so kitaorang lepak dulu kat kantin. Pastu sampai sekolah lama aku SMK Bukit Indah ngan yang lelain. Memasing pakat bawak sorang jer budak. Kira boleh tahan gak la susahnya saringan pertama dulu. Sekali pastu Kua Kuang datang ngan 11 orang. Mak aih.. Banyaknya. Bila pengawas dah panggil, terus wish luck and bawak dia masuk lam lab. Pastu mintak kebenaran nak ambik gambo sikit. Aku ambik jer secara umum. Sesambil tu ambik la lelebih sikit bab si Diva ni kan. Biasa la. Pastu aku pergi ler ke kantin lelepak ngan cikgu pengiring yang lain

Project Codename : Transformer 2

Imej
Project Codename : Transformer 2 Tadi masa balik dari sekolah, kebetulan keter pun dah abis minyak. Biasanya memang tak masuk kaunter pun, tapi sebab mama dahaga tahap dewa terpaksa la masuk ke kaunter. Sekali dok perati potimus prime ni ngan megatron; si indon depan aku ni pun lambat lak dia bayar, nak jadi citer boleh lak aku terdetik nak beli. Boleh beli baper? Abang nak beli mana? Potimus ka, megatron ka, boleh beli dua ka? Abang nak ngan yang kuning ngan biru tu pun boleh bang. Takpe la. Nak dua ni jer. OK Maka terciptala episod bengong kali ni. Maybe sebab aku rasa dah lama aku tak amik gambo model. Tapi malam ni aku tak rasa nak amik gambo model, tapi aku nak amik gambo aku sama iqa menjahanamkan potimus prime sama megatron ni. Memula kuarkan dulu dari pastik. Iqa sibuk sangat nak bukak. Ha.. bukak ajela dua-dua sekali Iqa. Boleh.. Habis jahanam kertas tu dkoyakkannya. Itu lum kita tangan potimus tercabut. Meriam megatron tercabut. Hahahaha. Layann.. Foto montaj