Catatan

Hari Hol Almarhum Sultan Ismail

Imej
Tadi iqa cakap ngan aku, hari isnin ni nuri cuti. Terkejut badak aku. Cuti apa lak ni. Sekali amik surat sekolah, rupanya cuti hari hol. Hai.. teruk betul aku ni. Langsung dah tak alert ngan tarikh lagi sekarang ni. Cuti ka tak cuti ka, semua bantai sama aje. Asyik kerja je tak kira hari sekarang ni. Terus masuk laman web rasmi johor. Betullah tu. Memang cuti pun hari isnin ni. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Mesyuarat ICT SBP bil 1/2009

Imej
Ni lebih kepada kisah aku kat KL itu hari. Walaupun tak banyak amik gambo, adala sesikit yang boleh dijadikan bukti aku ke sana itu hari. Yang bestnyer, siap terformat lagi CF card aku tu. Lagi la bengang. Nasib baik tak terwipe. Kalau dah wipe hilang terus la buat selama-lamanya. So, tengok-tengok la apa yang ada. Memula pergi ke SMAP Kajang dulu, amik bain. Sib baik amik dia dulu, kalau tak memang aku sesat lagi la masuk KL ni. Jalan dah banyak berubah. Tengok ler keter dia. Ala yang kaler biru kat belakang tu. Pastu sampai terus parking kat Low Yat. Kalau yang tak biasa kat sini memang tak tau, kalau duduk hotel capitol atau federal memang kena parking kat low yat. Lepas parking jer terus gi check in kat federal. Dapat tingkat 4. Tengok view dari bilik aku, terus direct ke low yat tu. Pastu si bain sibuk dok ngetest kamera aku. Habis semua nak diamik gambonya, sampai aku semayang pakai kain pelekat pun kena amik. Ni semua salah hotel la ni. Suruh hanto sejadah pun tepon tak diangkat

Happy Birthday Adik...

Imej
Hari ni genaplah usia adik 3 tahun. Dah besar dah adik ni. Perangai jer masih macam baby. Maklumla masih takde adik kan. So, malam ni buat majlis potong kek cam biasa. Sebab aku pun sama gak birthday bulan ni, so kek tu kira share la. Adik suka betul dapat potong kek ni. Kek ni tempah khas kat Secret Recipe. Mama tukang order ngan bayo, ucu tukang design. Slack dia tulisan la pulak kecik. Apa la design ucu ni. Tapi apa-apapun TQ pada semua.. Hepi besday untuk aku dan adik... Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Sekali lagi ke spital

Imej
Hehehe.. Lepas kena paksa oleh pelbagai pihak, akhirnya aku kembali ke spital. Tu pun pasal ngeri gak kan.. 6 sekolah dah kena tutup bebodoh jer. 2 fully closed, 4 tutup beberapa kelas sahaja. So pergi jer ler kan. Leh tahan gak lamanya nunggu. Aku sampai je dah nombor 320. Nombor aku 412. Mampus la nak nunggu. Aku masuk jumpa doktor dah dekat-dekat kul 5 petang. Penatnya nunggu, siap tertido 2 kali lagi. Sekali masuk doktor tanya apasal. Batuk, selsema. Terus dia kuar jangkasuhu check suhu aku (aku dah agak dah). Ubat pun siap ada panadol gak. Maknanya suhu aku ada sikit high la tu. hehehe. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

HP mini untuk mama

Imej
Lama gak aku nak belikan laptop mini ni untuk hadiah birthday mama. Pas aku dah puas survey satu Malaysia(??!), hari ni baru aku beli. Sebuah laptop HP mini untuk mama untuk harijadi dia. Happy Birthday.. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Siap dah album

Imej
Akhirnya album pengantin ni siap jugak. Banyak tul masa aku diambil dalam proses menyiapkan album ni. Dengan sakitnya.. Siap kena gi KL lagi tuh. Sib baik sempat siap. Esok leh la aku submit. Album 1 : Nikah & Berinai Album 2 : Bersanding & Bertandang Album 3 : Posing Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com