Catatan

Taklimat Projek LAN Sekolah

Imej
Taklimat Projek LAN Sekolah Masa : 2.00 Petang Tempat : SM Sains Johor Aku bertolak dengan Zawawi dari Pusat Kokurikulum dalam jam 12.15 tengahari. Masa ni ler si Awi dok tayang GPS system dia. Dia pakai Mapking. Tapi aku rasa tak ler se'best' Garmin ni. Perbincangan kitaorang banyak berkisar pasal perkembangan ICT kat Johor. Memang nampak cam terlalu slow sangat. Aktiviti bersama pun kureng. Tak cam masa aku dok kat Selangor dulu. Kalau dengan Kelantan Ganu tu lagi kalah la. Sesampai jer kat SMSJ aku jumpa si Farid Sains Muao. Mak aih dah kurus abis. Apa dah jadi ni. Geng-geng ITC lain semua terkejut gak leh jumpa aku balik. Nak wat camner kan. Donia ni kan kecik jer. Pi mai pi mai tang tu jugak. Lawak la. Dah cam reunion ITC jer. Geng-geng lama ITC Antara Penyelaras ICT yang hadir petang tu Geng-geng lama ITC CNN - kontraktor yang bertanggungjawab penuh Lam kul 2.30 taklimat bermula. Aku suka hati gak pasal sekolah-sekolah akan dapat line baru berupa fiber optik atau wireless

Perkhemahan Alam Semulajadi peringkat Kebangsaan 2009 - Hari Terakhir

Imej
Perkhemahan Alam Semulajadi peringkat Kebangsaan 2009 Tarikh : 10 - 14 Mei 2009 Tempat : Kem Tasek Utara Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor Hari Terakhir Coverage : Kem Tasek Utara Jurugambar bersama : Mr. Ong, Harith, Azami, Hakim Akhirnya dah sampai penutup dah. Kejap jer masa berlalu. Pagi ni seawal pagi lagi dah dimulai dengan rehearsal. Kat mana budak nak duduk, apa nak buat, ucapan, ambik sijil; semua disettlekan. Memula rehearsal part by part, pastu full rehearsal dibuat. Masa ni ler paling best, aku memang tengok satu persatu sambil dok cari port terbaik untuk ambik gambo nanti. Pastu budak direhatkan jap. Beratur minum air dengan kuih jer. Masa ni banyak vip yang ambik kesempatan menegur sapa kontijen yang datang. Ye ler. Bukan senang nak borak ngan bebudak dari negeri-negeri lain ni. Cam aku dok tegur bebudak Mache 2 tu. Hehehe.. Lam masa yang sama juga, bebudak zapin skbbu2 pun sampai. Cikgu dia terus susun tempat diaorang, dan banyak jugak la yang dia dok turun ilmu

Gambar keseluruhan Kontijen Perkhemahan Alam Semulajadi 2009

Imej
Gambar keseluruhan Kontijen Perkhemahan Alam Semulajadi 2009 Jurugambar bersama : Mr. Ong, Hunaidi, Hakim Malam ni memang tak boleh lelap mata. Maybe disebabkan aku tertidur petang tadi. Lepas buat analisa dan burn CD untuk meeting esok, rupanya mata aku memang dah tak boleh nak lelap lagi. Macam mana ni. Nasib baik esok Zawawi yang drive, kalau tak.. naya tu.. Dah tak tahu nak buat apa lagi. Bukak folder Alam Sekitar. Edit semua gambar-gambar kontijen masa pendaftaran itu hari. Siap semua. Masalah sekarang.. Aku masih tak leh tidur...