Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel syafinaz

Iqa & Inaz : Edisi balas dendam

Imej
Kalau baca tajuk memang ala-ala ngeri sikit, macam mafia la pulak; nak main balas-balas dendam pulak ni. Sebenarnya bukannya balas dendam gi pukul-pukul memember ka sapa-sapa ka, tapi balas dendam main; pasal dah dekat sebulan lebih asyik dok pulun belajaq ja kan. Kebetulan kak nurul diaorang, anak jiran sebelah pun ada; iqa pun apa lagi. Daripada baru sampai ke rumah, lepas main kat hutan bandar tadi tu; terus ajak kak nurul dia main sama. Memula biar jer la. Dan pastu pun aku pun terlelap. Sedor-sedor diaorang dah main depan rumah. Tadi main kat belakang. Dah siap pindah port dah. Pakat main Saidina lak tu. Biar jer la.. Kekurang Iqa belajar mengira duit kan. Sekali hujan pun turun. Jengok kat luar, masih kat tempat yang sama. Tapi main permainan lain la pulak. Nampaknya ni betul-betul alas dendam ni. Dari kul 1 tadi sampai la dah pukul 6 petang dah ni. Perrrgghh.. Dah masuk..!!! :: Klik untuk cerita penuh :: Si inaz pun tumpang sekaki.. memula menempel jer.. pastu... Amboiihh.. tak

Back to Hutan Bandar MBJBT

Imej
Lepas jer balik dari latihan Taekwondo tadi, Iqa ngan Inaz dah siap terlompat-lompat nak pergi taman permainan besar; gelaran yang diaorang kasi kat Hutan Bandar MBJBT ni. Jangan tersilap, terutama apabila orang skudai cakap nak gi hutan bandar; kalau dulu memang satu jer hutan bandar. Nun jauh kat JB sana nun. Tapi sekarang ni; kalau cakap pasal hutan bandar, kena tanya betul-betul; hutan bandar jb ker hutan bandar mbjbt. Hutan Bandar MBJBT ni terletak di sebelah trafik light terakhir sebelum tiba ke Lima Kedai. Jalan menghala ke Taman Orkid, Selesa Jaya semua tu. Tempat dia memang menarik. Kalau nak dikira, aku rasa ada lebih kurang 4 ke 5 pusat permainan kanak-kanak sahaja; yang dipasang berterabur dalam kawasan dia ni. Hari ni aku bawak bebudak ni main yang kat main enterence dan berhadapan dengan rumah limas. Kononnya nak main batman kat rumah terapung sana; tapi panas sangat, malas lak nak pergi menapak jejauh. Sekali boleh jumpa memember bawak anak jugak.. Hmmm.. Nampaknya ramai

Pabila Syafinaz berposing

Imej
Syafinaz memang pantang disuruh berposing depan kamera. Macam-macam keletah dia. Dia memang berbeza ngan kakak dia. Kakak dia tak suka sangat diambil gambar. Kalau nak pun, sekeping dua jer. Tapi kalau bagi kat syafinaz, toksah citer; sampai dua hari dua malam pun dia leh layan posing lagi. Mood tengah baik lagi ni. Layan ajer si syafinaz ni berposing. Nenek dia ketawa jer nengok si syafinaz ni. Kakak dia dah terbaring kepenatan. Dok melepek isap susu. Inaz takyah citer.. Ngan botol-botol sekali dia bawak posing. Apa-apa saja lah kan dik.. Enjoice...

Happy Birthday Adik...

Imej
Hari ni genaplah usia adik 3 tahun. Dah besar dah adik ni. Perangai jer masih macam baby. Maklumla masih takde adik kan. So, malam ni buat majlis potong kek cam biasa. Sebab aku pun sama gak birthday bulan ni, so kek tu kira share la. Adik suka betul dapat potong kek ni. Kek ni tempah khas kat Secret Recipe. Mama tukang order ngan bayo, ucu tukang design. Slack dia tulisan la pulak kecik. Apa la design ucu ni. Tapi apa-apapun TQ pada semua.. Hepi besday untuk aku dan adik... Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Syafinaz, Round Two

Imej
Syafinaz, Round Two?? Apa yang dapat difahami dengan ayat ni. Maknanya dah kali kedua ke klinik Tak sampai seminggu pun lagi Demam tak surut-surut Tambah selsema sama batuk lak Ulang lagi sekali ke klinik Harap-harap lepas ni dia rajin sikit la makan ubat tu Badan pun dah cekeding dah