Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah tun fatimah

Sekolah Tun Fatimah : 20190523 Selamat Bercuti

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190523 Selamat Bercuti. Ngambik iqa lepas waktu kerja tadi. Sekolah dah mula bercuti pertengahan tahun. Dua minggu. Yok.

Sekolah Tun Fatimah : 20190519 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190519 Back To School. Ngantor iqa. Khamis ni dah nak amik semula untuk cuti sekolah dan raya.

Sekolah Tun Fatimah : 20190510 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190510 Lawatan Hujung Minggu. Lepas jam 3 baru gerak ke sana. Singgah tapau McD on the way. Nak cari kat Bazar Ramadan macam tak kena la pulak. Gedebak gedebuk jam 4.20 jugak baru sampai. Kebudaks dah mula tadarus jam 4.30. Jumpa kejap aje le. Minggu depan boleh balik bermalam dan minggu lagi satu dah mula balik cuti penggal.

Sekolah Tun Fatimah : 20190503 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190503 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap. Sempat la iqa berkenalan dengan Leman. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190205 Hari Bertemu Pelanggan Bil.2/2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190205 Hari Bertemu Pelanggan Bil.2/2019. Singgah jap kat STF jam 11.00 pagi tadi. Mama suruh gi jap. Jumpa cikgu kelas iqa aje. Pastu jumpa cikgu Kamil dan lepak ngan iqa jap. Actually. Cikgu dia dah pos semua keputusan ke rumah sebelum ni. Singgah jap aje.

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Anugerah Tun Fatimah 2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Anugerah Tun Fatimah 2019. Pagi tadi gerak awal pagi juga. Hantar angah ke sekolah agama dan terus shoot ke JB. Singgah jap di Kafe Ali untuk sarap. Alas perut dulu sebelum masuk ke majlis. Sampai di STF sebelum jam 8 pagi. Dapat park a bit jauh sikit dari pejabat warden. Terus mendaftar dan masuk. Duduk depan sekali, dibelakang barisan akhir penerima anugerah hari ni. Terperasan Yuzzini dengan famili dia di baris belakang aku. Tapi nun jauh ke hujung. Sempat la lambai-lambai manja. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd. Izhar Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Larkin. Tahniah iqa dan rakan-rakan. Teruskan kecemerlangan! Abis ja anugerah untuk cikgu, aku gerak keluar. Lepak posing-posing jap sambil meronda ke gerai yang ada. Balik. Singgah jap talip menapau.

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Anugerah Tun Fatimah 2019

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Anugerah Tun Fatimah 2019. Kali ni kita share foto dari kamera mama pulak. Abis semua ploles lah kan. Kah! Memasing dah ada kamera la ni kan. Kalau dulu, tunggu la gambo rasmi. La ni. Gambo dah bertabur, bersawang baru sampai gambo rasmi. Apapun. Tahniah iqa. Be the best!

Sekolah Tun Fatimah : 20190420 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190420 Back To School. Hmmm. Hujan turun selebatnya. Memang kejar masa aje. Macam first time aku hantar iqa dalam keadaan gini kot. Sempat singgah gerai ais mango depan jakel tapau air dan booktalk untuk topup stationaries. Masuk STF terus ke asrama dulu ngejarkan keadaan. Masih hujan renyai renyai. Selesai aje terus hujan lebat. Ingatkan nak singgah rumah puan baha tapi hujan lebat dan kebudaks pakat kat lena menyebabkan aku terus gerak balik. Sampai rumah terus hanyut sama. Sedo aje dah jam 6.30 petang. Haisshhh.

Sekolah Tun Fatimah : 20190418 Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190418 Outing Bermalam. Paginya dah dapat baju rasmi untuk majlis pembukaan MSSM Sabtu ni. Dah macam kebudak STF pulak rasanya. Keh. Sambung kerja-kerja untuk Hari Guru khususnya. Gerakan dirancakkan. Hampir terlajak nak gi amik iqa balik bermalam. Sampai. Ngam ngam. Orang agak ramai jugak. Selesai terus gerak balik. Sempat singgah beli pisang goreng dan nasi lemak kat port biasa. Lewat petang ada request baharu. Rasa nyesal pulak tak bawak balik laptop. Kipidap tochamputer. Memang dopopat jam aku dok ngadap. Sel-sel otak harus kena bergabung! Henshin!

Sekolah Tun Fatimah : 20190404 Kejohanan Olahraga STF ke-56

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190404 Kejohanan Olahraga STF ke-56. Gambar-gambar dari kacamata Iqa tempoh hari. Rumah iqa dapat nombor tiga keseluruhan. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190330 Kembali Ke Sekolah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190330 Kembali Ke Sekolah. Nganto iqa balik. Haziq berdua memang dah lelap total. Penat tu. Good luck iqa. Sempat pulak ber wefie masa punggah barang tu. Hehehe.

Sekolah Tun Fatimah : 20190321 Cuti Pertengahan Penggal 1

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190321 Cuti Pertengahan Penggal 1. Balik kerja terus ke STF. Amik iqa. Dah mula cuti. Selamat bercuti pada semua. Gunakan masa dengan sebaiknya dan isikan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Sekolah Tun Fatimah : 20190316 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190316 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap jumpa iqa. Borak borak pasal pelajaran. Minggu depan dah nak cuti dah.

Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Lawatan Hujung Minggu. Macam biasa. Satunya nak amik bekas bubur jualan Karnival Asrama semalamnya. Keduanya. Bincang soalan peperiksaan minggu lepas. Leh tahan jugak noo... Balik. Singgah Jakel. Lepak nunggu lam kereta. Sempat layan cahaya mentari bersinar celah awan beb.

Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Karnival Asrama

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Karnival Asrama. Hari ni bermula karnival asrama. Gi pagi. Ngantor bubur ayam untuk jualan rumah Iqa. Sempat singgah tapau Nasi Lemak Kukus depan pusat koko. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190302 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190302 Lawatan Hujung Minggu. Singgah sebentar di sini. Good luck untuk peperiksaan yang bakal diduduki minggu depannya. All the best and be the best!

Sekolah Tun Fatimah : 20190223 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190223 Lawatan Hujung Minggu. Sakan si ici dengan pikachunya. Haisshhh.

Sekolah Tun Fatimah : 20190216 Water Crisis Alert!

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190216 Water Crisis Alert! Hari ni kena ke STF. Murid dibenarkan pulang setelah krisis air semakin meruncing. Sempat lepak kat petronas sesambil ngisi angin tayar lepas ngantor si inaz gi sekolah agama tadi. Masuk STF. Penuh dengan kenderaan parent. Iqa pun bawak kawan jugak. Si Oya. Anis tak kelihatan pulak. Takpelah. Balik. Semua urusan diselesaikan di rumah. Alhamdulillah. Petang tu masalah dapat diselesaikan. Ada paip pecah katanya. Sempat la singgah napau coolblog on the way back.

Sekolah Tun Fatimah : 20190209 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190209 Back To School. Setelah seminggu bercuti panjang sempena raya cina, kini tiba masa untuk kembali ke sekolah. Sakan posing depan mercu tanda baharu di STF. Babai iqa. All the best and be the best!

Sekolah Tun Fatimah : 20190131 Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190131 Outing Bermalam. A bit late aku sampai kali ni. Lebih jam 4 petang baru sampai STF pasal hari ni memang penuh ngan program kat JPN. Selamat bercuti! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,