Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah tun fatimah

Sekolah Tun Fatimah : 20190125 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190125 Outing. Amik iqa pagi tadi. Nak outing katanya. Singgah Paradigm Mall. Selesai satu misi. Aku lepak nunggu aje iqa ngan mama.

One full day

Imej
One full day. Memang satu hari yang penuh. Tinggal ici ja takde aktiviti. Paginya nganto iqi ke Kem Jati Diri Kepimpinan untuk semua pengawas di SK Taman Nusa Perintis dan Inaz ke Darjah Khas di Sekolah Agama Gelang Patah. Tengah harinya ke STF melawat iqa. Sambil belajar Matematik Tambahan ngan mama, ici pun belajar tulis ABCnya. Balik. Singgah SK Taman Nusa Perintis untuk amik Iqi. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190112 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190112 Lawatan Hujung Minggu. Mulanya nak keluar outing. Sekali. Masa nunggu inaz selesai sekolah darjah khas iqa call pesan barang sahaja. Sibuk dengan minggu orientasi murid Tingkatan 1. Dah nama pun High Comm. Singgah talent jap tapau alat tulis dan KFC tapau makanan yang dipesan. Terus ke STF. Sempat la ngendeng tulisan I💓STF tu. Jumpa iqa kejap aje. Ada program ngan Tingkatan 1 katanya. Sempat borak kejap, bagi barang dan dia gerak semula ke asrama. Bagusla. Dah mula kenal erti tanggungjawab dan kepimpinan. Asalnya dari awal kami suruh dia jadi pengawas. Tapi dia sibuk ngan band masa tu. Interview pertama pengawas dah kena buat pilihan samada nak teruskan interview atau nak gi latihan band. Hehehe. Cerita lama terkenang kembali. Apapun. All the best iqa! 

Sekolah Tun Fatimah : 20190105 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190105 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap lunch bersama. Tahun ni iqa a bit sibuk. Pengawas, high comm, VEX. So. Tokleh lelama. Tokleh selalu sangat dah macam sebelum ni. All the best iqa!

Sekolah Tun Fatimah : 20181231 Back To School

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181231 Back To School. 31 Disember. Kembali ke sekolah. Sesi pendaftaran dan pembayaran yuran di dewan. Masuk ke dorm. Masuk ke kelas. Mengemas. Sempat makan tengah hari di Mat Corner. All the best iqa. Dah naik upper form sekarang.

Sekolah Tun Fatimah : 20181213 Pentaksiran Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181213 Pentaksiran Tingkatan 3 2018. Hari ni ambil cuti lagi. Khusus untuk hadir ke STF neman iqa amik keputusan PT3. Keluar awal. Singgah dulu ke Cafe Ali yang dulunya nama dia Kafe Hijo. Leh tahan roti tampal dia beb. Selesai baharu kami gerak ke STF. Sampai ngam-ngam jam 10 pagi. Masuk dewan untuk dengar taklimat dari Pengetua. Alhamdulillah. Calon PT3 2018 seramai 139 calon dengan 73 orang mendapat straight A. GPS 1.110. Tahniah pada kesemua murid batch Querencia. Anda telah buktikan anda boleh! Seterusnya murid kena bergerak ke kelas masing-masing untuk mengambil keputusan. Iqa datang dengan wajah gembira. 10A. Alhamdulillah. Tahniah Iqa. Straight A untuk PT3. Iqa dah buat yang terbaeekkk!!!! Terima kasih pada semua guru Sekolah Tun Fatimah atas bimbingan dan dorongan yang diberikan selama ini.

Sekolah Tun Fatimah : 20181117 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181117 Lawatan Hujung Minggu. Last lawatan untuk tahun 2018. Minggu ni dah minggu last persekolahan. Makan dulu lunch yang dibeli on the way ke STF. Amik beberapa barangan yang dah boleh dibawa balik. Hari khamis ni boleh amik barang lagi sebelum mula balik bercuti pada hari Sabtu nanti.

Sekolah Tun Fatimah : 20181116 Makan makan

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181116 Makan makan. Banyak tempat dulu yang kami singgah sebelum sampai ke STF daripada UTM tadi. UDA la. Dataran Larkin la. Sampai kat STF terus ke pondok wakaf. Iqa ngan kengkawan dia dah ada kat situ. Deme buat makan makan. Minggu depan kan dah minggu last persekolahan. Iqa pun tahun depan jadi Setiausaha Blok. Khamis ni datang amik barang ja memandangkan dia ada kursus khas awal cuti ni. Hmmm. Esok gamak kena datang amik barang dia sikit ni. Kalau tak masak la nak berkemas Khamis depan ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20181110 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181110 Lawatan Hujung Minggu. Keluar rumah si Phatah dok menggedik depan pintu. Nak bermanja la tu. Singgah KFC GP nak tapau. Sekali orang punya la ramai. Ubah hala ke KFC Larkin Sentral. Haaa... Aman sikit membeli belah. Singgah kafe makan dengan Iqa. Layan. Pakai kasut baharu. a bit tak selesa la pulak pada bahagian atas kaki. Jalan OK. Maybe kena banyakkan pergerakan sikit. Jadi lemas pulak kaki aku ni.

Sekolah Tun Fatimah : Iqa @ Tanjung Piai, Pontian

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Iqa @ Tanjung Piai, Pontian. Setel PT3 lepas, Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan (KSSP) Penilaian Tingkatan 3 mula mengambil tempat. Ni foto yang sempat iqa amik masa berada kat situ pakai SJ4000 lama aku tu. Layan. Cuma tak sempat aku nak turunkan ilmu penuh kat dia pasal amik gambo pakai SJ4000 first generation tu. Mana taknya. Ajo pakai SJ4000 wifi, sekali bagi SJCam lama. Ni kes tertinggal la ni kan. Kui kui kui.

Sekolah Tun Fatimah : 20181027 Questa : Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181027 Questa : Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018. Hari ni seharian kami di sini. Questa. Hari ni ada Majlis Anugerah Kokurikulum dan semua murid Tingkatan 3 diberi kepercayaan untuk mengendalikan program keusahawanan kali ni. Aku dan mama bersama dengan murid 3 Setia. Boleh tahan penatnya. Alhamdulillah. Dapat la RM2500++. Tahniah pada semua yang terlibat. Seronok kebudaks ni hari ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20181026 Persediaan AJK Kerja 3 Setia Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181026 Persediaan AJK Kerja 3 Setia Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018. Rupanya ada Majlis Anugerah Kokurikulum. VVIP MB Johor tu. Persiapan akhir. Tengok apa lagi yang kurang untuk disediakan. Ada la beberapa perkara lagi. All the best esok ya.

Sekolah Tun Fatimah : 20181020 Mesyuarat AJK Kerja Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181020 Mesyuarat AJK Kerja Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018. Sambung lagi. Cuma kali ni dengan team 3 Setia aje. Meeting kat kafeteria. Alhamdulillah. Nampak progress positif. Aku selaku drebar lepak belakang aje layan Boboiboy dengan Ici. Sampai ke jam 6 jugak tu. Balik terus flat. Hehehe.

Sekolah Tun Fatimah : 20181019 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181019 Outing. Hari ni iqa ajak outing. Keluar bersama dengan Iffa dan Asyi nak cari barang untuk preparation beberapa function. First gi Jakel. Kebetulan la jugak kan aku pun nak cari baju teluk belanga. Ici sembunyi je sepanjang bersama dengan aweks ni. Next pergi ke Adidas Store. Sempat aku gugel dan finally gi Komtar JBCC. Senang. Sementara diaorang searching barang aku gi solat kat Kotaraya. Selesai. Nak makan tengah hari. Late lunch la jugak ni kan. Dari medan selera kat JBCC terus kami ubah ke Selera Johor. Jangan tanya kenapa. Hehehe. Setel. Hantar semula dan esok kena datang lagi untuk meetims bersama parent dan AJK 3S.

Sekolah Tun Fatimah : 20181006 Mesyuarat AJK Kerja Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181006 Mesyuarat AJK Kerja Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018. Semalam. Ketua Ibubapa setiap kelas Tingkatan 3 bersama dengan 5 wakil kelas murid Tingkatan 3 bermesyuarat buat kali pertama bertempat di Dewan Melati. Aku selaku drebar lepak belakang aje sambil sesekali mencelah, tu pun snap amik gambo aje. Sampai ke jam 6 jugak tu. Balik terus flat.

Sekolah Tun Fatimah : 20181005 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181005 Lawatan Hujung Minggu. Keluar sesambil nengok team TM pasang kabel kat jalan beso. Cepat la sikit pasang sampai depan rumah aku weh. Singgah KFC tapau ration untuk makan sesama kat STF nanti. Sampai nengok happening. Ada konvo F5 rupanya esok. Harus penuh kereta ni esok. Lepak kat kafe macam biasa sambil bincang projek F3 lepas PT3 ni. Mama jadi leader mommies 3S. Esok ada meetim ngan team kat STF juga. So, bincang awal ngan Iqa yang jadi AJK student juga. K. Nanti sambung bincang esok pulak.

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018. Majlis ini telah diadakan pada semalam, 29 September 2018 hari Sabtu bermula jam 6.30 petang di Surau Fatimah Az-Zahra. Dalam jam 5.45 petang kami tiba di jalan berdepan sekolah. Dah jem beb. Memang sambutan menggalakkan daripada parents Form 3 dan Form 5 tahun ni. Sempat lepak jap depan surau borak-borak. Jumpa iqa jap sebelum majlis mula dan serah pada dia souvernir kata-kata peransang dari inaz. Majlis dimulakan dalam jam 6.30 petang dengan ucapan aluan dari YDP PIBG dan diteruskan dengan bacaan yasin. Selepas selesai solat Maghrib berjemaah kami diperdengarkan dengan tazkirah dari Ustaz Usamah Kamal Al-Hafiz. Solat Hajat dijalankan setelah selesainya solat Isya' berjemaah. Sebelum bersurai kami bergerak ke Dewan Melati untuk jamuan. Dapat la masa berborak lagi dengan anak dan parent lain yang hadir. Tahniah STF atas penganjuran majlis ini. Semoga Iqa dan rakan-rakannya dapat menjawab soalan-soalan PT3 ini d

Sekolah Tun Fatimah : 20180928 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180928 Lawatan Hujung Minggu. Singgah sebentar di sini semalam. Nengokkan iqa dengan kengkawannya buat study group. Minggu depan dah PT3. Aku ke Masjid Annur Larkin untuk jemaat. Siap ada order khas. Apapun. Harap Iqa dapat menjawab soalan-soalan PT3 ini dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. All the best and be the best!

Sekolah Tun Fatimah : 20180922 Study with Nasi Ayam Talip

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180922 Study with Nasi Ayam Talip. Hehehe. Hari ni sampai lewat ke STF. Cetak bahan study. Tapau Nasi Ayam Talip. Tapau Ais Jagung yang aku pun pelik apsal nak taruk kacang. Dah tak pepasal aku dapat rezeki gigit kacang setengah bijik. Sampai. Gi main blok jap. Ada orang nak gi tandas katanya. Sempat angah gi snap gambo ayo yang terpapar di depan tu. Terus lepak Kafeteria. Makan. Sambung study for both Balqis. Sorang nak UPSR. Sorang nak PT3. Good luck for both. All the best and be the best!

Sekolah Tun Fatimah : 20180921 Berkelah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180921 Berkelah. Wahhh. lama tul tak pakai ayat ni. Kami makan makanan yang mama dah masak dan tapau dari rumah kali ni. Sampai licin kot. Layan. Iqa siap buat sign untuk angah, Good Luck in UPSR 2018. Yang best main singkatan GL aje tuh. Bagi angah kat rumah, paham pulak tu. Haisshhh! Bahasa kebudaks la ni.