Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel baling

Baling 1440 : Pekan Ahad

Imej
Baling 1440 : Pekan Ahad. Satu kemestian sekiranya cuti jatuh pada hari Ahad. Marbeles beb. Park macam biasa belakang stesen bas sebelah yeok chee. Menapak sikit. Sempat gi cari jersi gitu. Kekeke. Mama sempat tapau ikan masin dan belacan. Layan.

Baling 1440 : Dusun Mak

Imej
Baling 1440 : Dusun Mak. Singgah di Dusun Mak. Banyak derian kat pokok. Yang ni paling banyak nostalgia. Bukak sama dengan arwah Pak Long dulu. Dusun ni jugak nanti yang first akan dibuat ecotourism, masuk; makan sampai puas. Layan.

Baling 1440 : Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling

Imej
Baling 1440 : Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling. Kami bergerak ke Air Panas Ulu Legong pula. Perjalanan terbaeekkk!!!! Masuk dan snap snap picas dan video. Puas la merakam dari hujung ke hujung. Terima kasih pada pihak pengurusan yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang kami berada di sini. Persoalan yang nyata terjawab, memang kolam sentiasa dicuci. Terbaeekkk!!!!

Baling 1440 : Dusun Abah, Bongor

Imej
Baling 1440 : Dusun Abah, Bongor. Kami sambung meronda lagi pagi ni. Terus ke Dusun Abah kat Bongor. Bakal nak dijadikan projek ecotourism. Makan sampai puas. Nampak derian dah bertaburan kat atas pokok. Tangkai Panjang, D29, Batil Emas. Rambutan pun sama ni. Hmmm. Macam takde rezeki jugak kali ni. Rasa-rasa Julai baru luruh ni. Meronda. Memvideo. Layan.

Baling 1440 : All Here!

Imej
Baling 1440 : All Here! Pagi ni mak yang sampai. Semua dah ada kat Baling. Meriah la berbuka petang ni kan. Sempat merakamkan gunung baling yang masih tebal kabusnya.

Baling 1440 : Homestay Abah

Imej
Baling 1440 : Homestay Abah. Sempat merakamkan foto-foto Homestay Abah. Dedua. Dan update pages dan web. Nampaknya setiap kali update memang bulan Jun. Hehehe.

Baling 1440 : Meronda Pekan

Imej
Baling 1440 : Meronda Pekan. Target hari ni membeli belah kat Long Wan. Boleh tahan juga orang hari ni, Sib baik dapat parking kat depan. Meronda kawasan berdekatan untuk snap snap. Singgah jap kedai semekum kat pekan. Dapat la snap snap lagi. Layan.

Aidilfitri 1440 : Baling, Here We Come!

Imej
Aidilfitri 1440 : Baling, Here We Come! Perjalanan kami pulang ke desa. Alhamdulillah. Jalan clear. 10 jam. 3 jam ke Dengkil. Singgah di Dengkil 30 minit. 3 jam ke Kuala Kangsar. Singgah kraf 20 minit. 1 jam lagi di Masjid Ubbudiah. 2 jam ke Baling. Singgah jap di Pasar Ramadan Baling sebelum balik ke rumah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin pada semua. Berhati-hati dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

Aidil Adha 2018 : Lembu Korban @ Baling

Imej
Aidil Adha 2018 : Lembu Korban @ Baling. Alhamdulillah. Pagi tadi lembunya dah sampai. Kongsi dengan abah mak dan adik beradik. Abah share gambo ni tadi. Aku dan mama amik 2 bahagian. Iqa dan Inaz pun ada dua bahagian. Cuma yang tu aku buat dengan Pekdis Johor dengan misi ke Kemboja tu. InsyaAllah. Tahun depan kalau dipermudahkan macam nak buat kat Johor pulak. 

Layan Beskal @Homestay Abah

Imej
Layan Beskal @Homestay Abah. Layan jangan tak layan. Kat sini aje diaorang seronok berbasikal tanpa gangguan kereta lalu lalang. Jalan ni dari dahulu memang hanya laluan orang tertentu aje. Sakan la deme berbasikal sepanjang petang tu.

Lepak Santai @Dusun Cikgu Hassan

Imej
Lepak Santai @Dusun Cikgu Hassan. Lepak jap sebelum balik ke Johor semula. Ada la rezeki sikit. Dokong. Kuini. Bacang. Rambutan. Fresh petik dan makan kat dusun. Derian? Rasanya minggu depan baru gugur kot. Balik. Terasa ada benda kat betis. Rezeki pacat la pulak.

Edisi Mama : Baling on Jun

Imej
Edisi Mama : Baling on Jun. Ni masa balik Baling Jun lepas. Masa Raya Puasa. Banyak gambar wefie dari henpon mama yang masih berbaki. Yang paling best adalah akhirnya dapat jugak nengok gambo jalan berbukit dari Pengkalan Hulu ke Grik yang mama amik tu.

Korban dan Kenduri Doa Selamat @ Baling

Imej
Korban dan Kenduri Doa Selamat @ Baling. Selesai korban sebelah pagi dan kenduri pulak dibuat lepas Jumaat. Alhamdulillah. Sempat nangkap ular sawa kot. Haisshhh. Yok layan foto yang dikongsi oleh pak yang dan atuk kedah.

Lembu korban 1438h

Imej
Lembu korban 1438h. Tahun ni atuk kedah nak buat korban di rumah.kat Baling. Daging diagihkan. Lebihan agihan daging nak buat makan doa arwah/selamat & kesyukuran atas limpahan rahmat yg Allah berikan. Petang tadi Asyraf dan Asri ada share gambar lembu tu. Esok korban kat depan homestay. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sesi Bunga Api @ Baling : Night 2

Imej
Sesi Bunga Api @ Baling : Night 2. 24 Jun. Malam tu makin meriah la deme pakat main bunga api. Dah tapau baru sebelah siangnya kat Billion. Layan aje ler. Esoknya dah raya. Main sampai abis.

Posing Sakan @ Gunung Baling

Imej
Posing Sakan @ Gunung Baling. 24 Jun. Memang habih sepagi kebudaks layan main beskal keliling kampung. Ambik peluang posing sakan deme kat depan gunung baling tu. Enjoice!

Sesi Bunga Api @Baling

Imej
Sesi Bunga Api @Baling. 23 Jun yang lepas punya cerita ni. Sambung lagi main bunga api raya kat Baling pulak. Ici dan makin berani. Dah pandai handle sendiri bunga api dia. Perghhh.. Nak api..

Baling Getaway

Imej
Baling Getaway. 23 Jun 2017. Gambar lama ketika balik Baling tempoh hari. Merayap sana sini ke pasar ramadan. Sempat meronda amik gambo ketika cari patch kat pekan baharu.

Menyusuri Sungai Ketil, Baling

Imej
Menyusuri Sungai Ketil, Baling. 23 Jun. Sampai ja Baling itu hari, Iqa terus ajak ke sungai. Nak sambung projek geografinya. Petang tu jugak pakat merayau kat sungai Ketil. Tinjau. Amik gambar. Setel ja terus buat soal selidik pasal sungai tu. Sempat berjalan-jalan ke tempat-tempat glamer sepanjang sungai Ketil. Dulu dulu. Sini la tempat utama lepak bila air takde. Syiokk wooo. Pastu tok wan siap ajak nengok pokok kurma kat pekan lama. Posing sakan kebudaks ni semua.

Family Gathering Group Photo

Imej
Family Gathering Group Photo. Malamnya. Makan Pizza reramai. Sempat wat group photo. Bukan senang nak dapat peluang bersama. Tu pun mak yang and family takde. Pak ngah takde.