Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Yok Jenjalan

Yok Jenjalan : JOM! @ Anjung

Imej
Yok Jenjalan : JOM! @ Anjung. 29 Julai. Semalam. Lepak cam biasa kat Anjung. Main taman mainan kata Ici. Seronok la dia main dengan Angah. Paling banyak dia angkat tangan buat peace dan soh aku amik gambo dia. Sempat nyinggah beli Kacang Pool. Iqi nak chicken chop. Tapi dia cuma buat lepas Jumaat katanya. Biasanya memang mula jam 12 tengahari.

Yok Jenjalan : 20170629 Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : 20170629 Mydin Anjung Nusajaya. Setel pencarian kasut di Angsana, baru kami gerak ke Mydin untuk belanja bulan. Cam biasa. Aku lepak luar aje. Kat taman permainan. Bukan main suka lagi si Ici. Lari sana sini. Pastu pakat nak ke tandas. Semua pakat gerak sama. Apalagi. Sempat meronda dulu snap snap picas sebelum balik semula ke taman mainan. Cun jugak sini. Baru perasan ada kacang pool. Ntah la. Ramai pulak yang ngoder. Tapi aku rasa bukan yang haji punya ni. Sambung main semula sampai mama dan Iqa setel berbelanja. Sempat posing lagi sebelum gerak pulang. Suka tul hati si Ici hari ni.

Yok Jenjalan : 20170629 Plaza Angsana, Johor Bahru

Imej
Yok Jenjalan : 20170629 Plaza Angsana, Johor Bahru. Semalam meronda kejap. Tak jauh mana pun. Sekadar ke Plaza Angsana mencari kasut full black untuk Iqa. Ingat. Full black. Dari Baling kami mencari. Habih satu Long Wan geledah. Tak cukup full, blacknya. Sampai Angsana. Cari makan dulu. Lunch belum lagi. Walau jam dah 3 petang. Iqa ngan Iqi nak donut. Singgah jap i donuts and coffee. Tapau la 6 pieces untuk deme. Kami. Langsung ke Medan Selera. Nak makan mee rebus haji wahid. Barisan leh tahan panjangnya. Mama beratur. Aku lepak kat meja. Sesambil layan kebudaks makan donuts. Setel mee. Aku gerak ke nasi ayam. Amik nasi ayam sambal. Selesai makan baru kami gerak ke kedai kasut. Satu satu kami masuk. Al Ikhsan. Ada yang bebetul full black. Harga? More than RM200. Takde saiz iqa. Jalan lagi. Satu satu kedai kasut kami masuk. Semua isu yang sama. Takde saiz. Sampai ke kedai BUM. Kasut full black. RM50 je. Dan iqa sangat sangat berkenan. Sayang. Saiz paling kecik dua mata lebih tinggi

Yok Jenjalan : Southern Launderette

Imej
Yok Jenjalan : Southern Launderette. Bila masa pun terhad. Memang ni ler tempatnya untuk setelkan pakaian iqa, terutama bila cuaca tak menentu. Bila balik je terus setelkan kat mesin basuh. Sekali hujan la pulak. Terus datang sini pun untuk proses pengeringan. Setel. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Yok Jenjalan : Larkin Sentral

Imej
Yok Jenjalan : Larkin Sentral. 12 Mei hari tu gi amik iqa untuk majlis konvo dia. Punya lama nunggu sampai dah sampai Zohor. Singgah Larkin Sentral. Senang. Aku gi masjid. Mama and the kebudaks gi jenjalan cari barang. Selesai. Banyak pembaharuan dah dibuat kat sini. Sempat singgah Tapak Pameran kat Angsana. Ronda-ronda sekali lalu.

Yok Jenjalan : Merayap Taman Nusantara

Imej
Yok Jenjalan : Merayap Taman Nusantara. Aku pun dah tak teringat bila kami meronda reramai ni. Yang pasti dalam bulan Mei jugak la. Cari kedai perabot kalau tak silap. At last singgah Greatzone aje. Hehehe.

Yok Jenjalan : Bazar Ramadan Medan Selera BBU

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Ramadan Medan Selera BBU. Singgah sini jap masa balik kerja tadi. Setelah dicut setengah jam, aku keluar jam 4 petang. Sampai sini around 4.15 gitu la. Cari parking, gedebak gedebuk. Target aku nasi ambeng mat corner aje. Sampai aje dah berbaris manusia. Perghhh... Layankan aje ler. Dah tak tengok yang lain dah. Tapau dua bungkus dan terus gerak pulang. Singgah Petronas BBU on the way back. Minyak udah kering wehhh...

Yok Jenjalan : Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Mydin Anjung Nusajaya. Akhirnya. Semalam baru kami dapat singgah mydin. Aku lepak kat taman mainan ja dengan the jantans. Sakan deme main. Lari sana. Lari sini. Mama dan yang lain masuk berbelanja. Best jugak tempat ni. Banyak tempat leh istirehat. Nampak pak imam bukak kaunter zakat. Bayo zakat fitrah dah alang-alang jumpa. Alhamdulillah.

Yok Jenjalan : Aeon Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : Aeon Bukit Indah. Apapun. Singgah Maybank pecah duit dulu. Keluar. Angah nak apam balik. Satu singgit dah la ni. Boleh tahan jugak ye. Masa beli sempat jumpa ustazah adik. Setel ja situ terus balik. Petangnya baru keluar semula. Asalnya nak belanja bulan kat Mydin. Sekali nengok makhluk. Pergghhh... Punya la ramai. Tukar plan lah. Kita gi cari baju pulak. At last singgah ke AEON Bukit Indah. OK lah tu. Lama tak gi sini. Pun leh tahan jugak ramainya orang. Lepak lepak aje ler sambil nunggu yang lain setel. Dari kerusi lepak depan Brand Outlet. Tukar ke kerusi lepak depan AEON sementara mama dan kebudaks belanja kat popular dan jusco. Dah boring nunggu aku ajak iqi masuk. Sempat jumpa Y kat dalam. Hahaha. Aku memang tak perasan langsung orang sekeliling. Keluar. Main menan depan jusco jap. Calo. Nak gi makan. Tapi kat luar AEON.

Yok Jenjalan : Plaza Angsana 20170501

Imej
Yok Jenjalan : Plaza Angsana 20170501. Pagi ni ada sikit masa. Sesambil dok nunggu fail upload dan donlod, sempat la proses gambo dan masuk dalam blog. Ni cerita cuti hari pekerja yang lepas. LEpas ja jenjalan ke FESKO UTM tu singgah Angsana jap. Nak makan tengahari je sambil tapau sikit food untuk Iqa. Naik ke Atrium ada majlis. Pau belon dua untuk iqi dan ici. Terus gerak ke STF.

Yok Jenjalan : Billboard Promosi Hari Guru Kebangsaan Kali Ke-46 2017 Johor

Imej
Yok Jenjalan : Billboard Promosi Hari Guru Kebangsaan Kali Ke-46 2017 Johor. Meronda seketika seiring sejalan sepanjang laluan. Terima kasih pada Mr. Ng, NYDP SETA atas tajaan dan pemasangan billboard ini dilaluan Skudai - Johor Bahru ni. Bagi yang belum tahu lagi, tahun ni Johor jadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru Kebangsaan. Yok. Join kami. Sertai kami secara maya menerusi portal rasmi Hari Guru Kebangsaan gg.gg/hariguru2017 dan channel telegram t.me/hgk2017. Bukan tu sahaja. Kami juga ada facebook, instagram dan twitter. Moh reramai moh! #NegarakuHariGuru2017 #MuafakatGuru #TerimaKasihCikgu

Yok Jenjalan : Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-58 (FESKO 58) 20170501

Imej
Yok Jenjalan : Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-58 (FESKO 58) 20170501. Layan. Kali kedua gi pesta konvo. Dan dua kali aje kali ni. Sibuk. Banyak kerja lain perlu diurus. Ni pun pasal cuti hari pekerja. Dapat la bawak semua sekali jalan.

Yok Jenjalan : Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-58 (FESKO 58) 20170428

Imej
Yok Jenjalan : Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-58 (FESKO 58) 20170428. Semalam jenjalan ke UTM. Biasalah. Mama mana boleh miss FESCO UTM ni. Ni la satu satunya time nak membeli belah baju dan sebagainya. Hahaha. Kalau ikut aku nak balik sebelum Jumaat. At last aku semayang sini aje. Bagi can mama dan adik meronda. Layan... Hari ni hari mula. Baru nak panas. Dan aku percaya akan ada seken time nih... ngeh ngeh ngeh.

Yok jenjalan : Southern Launderette, Taman Nusantara

Imej
Yok jenjalan : Southern Launderette, Taman Nusantara. Pagi tadi nyinggah dobi. Hujan sepagian. Just nak gi keringkan baju aje. Basic RM4. Tapi. Sebab nak pastikan betul-betul kering, dan baju pun dah over garis RM4 tu. Tambah RM2 untuk tambahan 10 minit. Quite cozy la tempat dia. Wifi semua ok.

Yok Jenjalan : New Vacuum at Tesco Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : New Vacuum at Tesco Bukit Indah. Ingat hari tu yang aku cerita pasal beli vacuum baharu. Ni baru letak gambo dia. Tu pun aku tak letak pun gambo vacuum nye. Kekeke. Balik dari STF. Singgah Tesco. Beli vacuum, kipas dan telefon baharu. Iya. Telefon pun aku beli. Sesambil layan ici yang asyik mengaruk aje.

Yok Jenjalan : GP Prima

Imej
Yok Jenjalan : GP Prima. Meronda sat malam ni. Ada orang dak dok tagih janji pizza dia. Singgah sat Nusantara untuk tapau. Pastu. Baru merayap ke GP Prima. Isi minyak aje kat Petron. Tengok bangunan GP Mall yang dah hampir siap kat sebelahnya. Dah siap dan berpenghuni nanti, for sure sesaklah tempat ni. La ni pun dah boleh tahan. Semua pakat lalu sini nak elak jem kat Skudai.

Yok Jenjalan : Global 9000 Car Wash

Imej
Yok Jenjalan : Global 9000 Car Wash. Ni pun boleh jadi lam siri yok jenjalan jugak ke? Ekekeke. Layan aje la. Sementara vacuum aku pun dah rosak. Dua dua kereta sampai sini. Siap gunting rambut lagi kat ravi. Aku nyer livina dia caj RM13, almera RM12. Pelik jugak. Tapi ok la kerja dia. Balik. Terus singgah tesco beli vacuum baharu.

Yok Jenjalan : Bazar Mydin @ Anjung, Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Mydin @ Anjung, Nusajaya. Macam biasa. Hujung bulan gi belanja bulan kat Mydin. Kebetulan susu ici tengah sale. Mama borong aje. Sambil-sambil. Gi meronda kawasan yang dah fully upgraded dan furnished. Memang terbaeekkk!!!! Siap tak nak balik tu the kebudaks. Cuma. A bit tak best bila nengokkan kebanyakan penjual lama dah takde kat medan selera tu. Especially yee mee yang kebudaks ni semua suka. Huhuhu. Paling aku suka design bendera johor guna motherboard tu. Cool beb!

Yok Jenjalan : The Zone

Imej
Yok Jenjalan : The Zone. Tak sangka dah jadi cenggini. Dah takde pape dah kat sini. Lengang semua floor 1 dan ke atas. Yang ground floor pun dah tinggal kat lobi utama aje. Sedih weh. Berhati-hati dengan ATM Maybank. Kerap telan kad. Baru beratur orang depan aku dah kena telan kad. Pastu leh pakai semula. Dua orang lagi kena. Kensel niat terus. Masa balik. Jem abis. Sultan bagi rumah kan kat Kotaraya.

Yok Jenjalan : Muzium Tokoh Johor

Imej
Yok Jenjalan : Muzium Tokoh Johor. Singgah di Muzium Tokoh Johor pulak. Memang terbaeekkk!!!! Semua susurgalur ada di sini. Menteri Besar di tingkat bawah. Sultan di tingkat satu. Banyak informasi berharga dapat diperolehi di sini.