Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenjalan Cari Makan

Jenjalan Cari Makan : Sani Penang Char Koey Teow

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sani Penang Char Koey Teow. Habih satu gelang patah kami meronda. Sana tutup, sini tutup. Kes nak makan Char Koey Teow aje. Akhirnya kami sampai juga ke sini. Sani Penang Char Koey Teow ni letaknya kat Nusa Sentral. Berdepan dengan Restoran Amin. Memang terbaeekkk!!!! Layan beb!

Jenjalan Cari Makan : Primadona Cafe, Taman Universiti, Skudai, Johor

Imej
Jenjalan Cari Makan : Primadona Cafe, Taman Universiti, Skudai, Johor. Punya jauh meronda sekitar Taman Universiti cari tempat makan. Tawaf satu taman u jugak sebenarnya. Solat kat Masjid Taman U kemudian search semula. Asalnya gi Asam Pedas & Barbeque. Tapi tak kena pulak ikan yang ada malam tu, so keep on searching sehinggalah kami jumpa restoran ni. Memang ada kepelbagaian. Kami geng lelaki amik western dan team mama makan seafood. Layannn.. Boleh tahan dia nyer portion makanan. Penuh perut malam ni.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Citarasa D'Nazril Belangkas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Citarasa D'Nazril Belangkas. Singgah lunch kat sini. Pilihan lauk memang terbaeekkk!!!! Harga pun sangat berpatutan. Cuma tak puas hati pasal aku dapat lemon blend. A bit pahit dan kelat  beb.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Terapung Pendas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Terapung Pendas. Lepak sini malam ni. Mama jap nak gi Tanjong Nelayan, jap nak gi Saujana. Sekali. Sampai saujana, tutup. Biasa la kan. Jumaat. Gerak ke Tanjong Nelayan. Orang tak berapa ramai dan memang dari tadi targetnya adalah seafood. Biar aku je lah pilih. Kita gi Restoran Terapung Pendas. OK la. Orang leh tahan. Masa kami sampai tak berapa ramai. Bila dah duduk dan amik order baru mula orang masuk. Solat maghrib kat sini. Selesa tempatnya. Memang terbaeekkk!!!! Tenang tenang ja makan. Harga pun quite OK la.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani, Kangkar Tebrau

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani, Kangkar Tebrau. Singgah lunch jap on the way back. Memang spesel. Nasi ayam tu digoreng. Ayam sambal dia memang pedas terangkat. Marbeles. Tetambah pulak dapat lemon ais. Perghhhh! Harga pun OK.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman Cempaka, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman Cempaka, Johor Bahru. Lunch kat sini bersama team BTPN selepas selesai sesi perbincangan dari pagi tadi. Boleh tahan pilihan lauk pauk yang tersedia. Sambil makan kami dihidangkan dengan persembahan daripada OKU Blind Busker. Memang leh tahan alunan muzik dan suara vokalisnya. Memang best kat sini.

Jenjalan Cari Makan : Salahuddin Bakery, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Salahuddin Bakery, Johor Bahru. Singgah sebentar kat kedai roti ikonik Johor Bahru ni. Fresh from oven. Masih mengekalkan tradisi pembakaran cara lama. Beli roti bun kaya dan kelapa. Memang best beb!

Jenjalan Cari Makan : Talib's Cafe, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Talib's Cafe, Johor Bahru. Singgah makan lunch kat sini. Boleh tahan lauk dia. Terbaeekkk!!!! Buka siang aje. Tempat dia sangat cozy dan hipster. Yok.

Jenjalan Cari Makan : Kafe Ali Pathiri 86, Bandar Baru Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Kafe Ali Pathiri 86, Bandar Baru Uda. Hari ni kami makan lunch kat sini. Memang best kari dia. Ayam goreng pun sama. Sekali leh lepak ngan tokei dia. Dia belanja makan Pathiri. Pergghhh! Rasa dia memang terbaeekkk!!!!lah. Nak kata tosei bukan, chapati lagi bukan. Cicah kuah kambing yang pedas datang kendian memang heaven la. Kekeke. Dengan baki ayam goreng pun aku tibai cicah kuah kambing tu. Masa keluar nengokkan barisan panjang kat gerai Bomboloni Gebu Gebas. Katanya baru bukak tapi dah viral abesss. Macam big apple pun ada jugak tu. Tunggu dah tak viral sangat nanti la aku beli. Kekeke.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Mee Udang Tiram Duku

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Mee Udang Tiram Duku. Pagi ni meronda kejap ke SK Pendas Laut untuk kunjung hormat dan melihat isu internet di sekolah tersebut. Singgah jap bersarapan di sini. Apa gamaknya aku nak makan ye. Semua makanan di sini berasaskan udang aje. At last aku minta Mihun sup telur aje. Alhamdulillah. Air. Macam biasa. 4 rasa. Sirap selasih laici lemon. Kekeke. Dah selesai sarapan baru kami gerak ke sekolah.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar Malaysia

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar Malaysia. Singgah sini untuk lunch hari ni. Paling best kat sini bagi kami makanan AR Nasi Kukus dan Sabbyrina Cafe. Apa lagi kalau bukan nasi kerabu dan nasi kukus di AR Nasi Kukus manakala Chicken Chop sos black pepper di Sabbyrina Cafe. Layan. Iqa macam biasa la nak Ais Jagung. Sesambil nunggu semua setel sempat melilau mata nengokkan gerai lain. Perghhh.. Leh tahan jugak pilihan makanan kat sini. Nanti nanti nak try cuba yang lain pulak. Ada Murtabak Kampung melayu, Mee Bandung Udang Galah dan kacang pool. Mama ja yang tak makan. Nemankan kami aje.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Wadi Hana Elarabi

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Wadi Hana Elarabi. Asalnya nak makan kat Anjung Selatan. Cumanya. Orang terlalu ramai hingga menyebabkan kami terpaksa pikir tempat alternatif. Adi cadang gi sini. Ni restoran Mesir. Memacam la deme order. Aku pun tak reti nak sebut. Aku dan Firdaus amik nasi Khabsah ayam, ustaz maslizam amik Khabsah kambing dan adi amik Nasi Fattah. Nasi dia memang sarat dengan rempah. Cumanya. Dah habit aku akan perabis nasi sebelum ratah lauk, ayam dia actually kurang rasa. Memang nasi tu yang menaikkan selera actually. Harga a bit high berbanding nasi arab yang lain. Teh dia memang sangat pekat.

Jenjalan Cari Makan : KFC Iskandar Puteri

Imej
Jenjalan Cari Makan : KFC Iskandar Puteri. Selesai kami gunting rambut terus gerak ke KFC Iskandar Puteri. Tapau lunch. Satu yang aku suka kat sini adalah orang tak ramai. A bit susah nak gi kalau dari gelang patah sebab korang kena buat u-turn kat trafik light nusa bayu tu. Kami sampai je terus buat pesanan. Lepak jap nunggu pesanan siap. Ada sorang je depan kami. Lepak kat kerusi sambil wefie wefie la. Kekeke.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sirr d'rina

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sirr d'rina. Lama tak makan kat sini. Lunch kali ni singgah sini dengan encik Firdaus. Dedua pilih lauk dan menu yang sama. Kakaka. Kalau si mus harus la dia amik caker ayam.

Jenjalan Cari Makan : Mat Corner, BBU

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mat Corner, BBU. Hairin datang dari Muar untuk urusan ICT. Bawak sekali kamera aku yang tertinggal masa pemantauan yang lepas. Hehehe. TQVM Hairin. Lunch kitaorang gi Mat Corner. Layan Nasi Ambeng. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Nasi Arab Zaituna

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Arab Zaituna. Hari Ahad yang bos kata aku dari Alaska. Full selubung. Selsema dan batuk aku tambah teruk. Lapar dari pagi. Sanggup aku nyongsang kat perling nak beli sarapan. Sib baik Ahad takde kereta tahap leh baring atas jalan. Sempat sarap macam eskimo lam pantry ngan mustakim sambil bincang pasal kerja. Dua minggu kami tak jumpa. Aku ada, mus takde. Mus ada, aku lak takde. Masa lunch Adi ajak gi makan nasi arab. Zaituna katanya. Belasah aje. Dekat Tasek aje. Masakan Lubnan. Kami campur makluba dan mandy. Ayam dan kambing. A bit beza sikit. First time kot rasa nasi arab lubnan. But cili dia memang nice. Pedas dan rangup. Ada terung gitu. at last, aku lebih banyak kekah kambing dari ayam. Teh dia pun best. Memang terbaeekkk!!!! Harga makanan kami, RM70 untuk sedulang nasi campur ayam mandy dan kambing makluba serta teh arab seteko besar. OK la kan. Memang sempoi.

Jenjalan Cari Makan : Jemi'z Burger

Imej
Jenjalan Cari Makan : Jemi'z Burger. 2 malam aku kat puteri makan burger brader jemi'z ni. Memang terbaeekkk!!!! Siap celup sos black pepper beb. Kena minta sebab tak semua orang suka. Yang paling best adalah dia taruk bawang. Perghhhh!

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib, Taman Nusantara

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib, Taman Nusantara. Singgah late lunch jap lepas borong tempeyek kat Ulu Pulai. TQ Anissa Alyssa, manager yang belanja kami berdua makan tengah hari ni. Terbaeekkk!!!!

Restoran Mak Teh : 20181119 Sarap Time

Imej
Restoran Mak Teh : 20181119 Sarap Time. Hari ni aku amik cuti. Banyak benda nak disetel. Yang tu dah makin dekat untuk aku cerita. Tunggu aje ye. Apapun. Sarap sini jap. Tak lupa beli bahulu kegemaran mama.

Jenjalan Cari Makan : Mersing Nasi Dagang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mersing Nasi Dagang. 18 September. Kami bakal menjelajah pulau di Mersing selama dua hari. Tiba di Kota Tinggi jam 6.40 pagi dan bersedia meneruskan perjalanan ke Mersing. Target untuk pergerakan bot pada jam 8.30 pagi. Tiba di Mersing jam 8.00 pagi. Singgah dulu di Mersing Nasi Dagang untuk sarapan pagi. Apa yang aku dah belajar dari orang pulau adalah kita mesti memenuhkan perut sebelum mengharungi laut. Memang terbaeekkk!!!! makan kat sini. Aku makan nasi dagang kosong dengan ayam goreng dan letak sambal merah. Belasah aje. Yang penting nampak sedap di mata aku. Kekeke. Bos amik ketupat palas. Tapi a bit pelik sebab nampaknya dia goreng pulak lepas tu. But still nice to eat la. TQ bos belanja sarap pagi ni.