Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2017

Home Sweet Home Renovation : 20171226 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171226 Progress. Kayu mula sampai.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapkan Jazakallah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapkan Jazakallah عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ Dari Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Hassan Pengajaran: 1.  Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas kebaikan dengan yang setimpal. 2.  Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai satu dari cara kita bersyukur. 3.  Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazakallahu khairan” (semoga Allah mem

Semakan Tawaran Penempatan Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2018

Imej
Semakan Tawaran Penempatan Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2018 akan dibuka mulai 29 Disember 2017. Sila layari url berikut https://sst1.moe.gov.my --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Full Swing Cuti Day

Imej
Full Swing Cuti Day. Ni cuti last untuk tahun 2017. Memang amik cuti khas untuk setelkan urusan anak-anak yang memerlukan kehadiran. Asalnya sekalikan sebab program asal Iqa hari ni. So. Kira setel iqa, pastu setelkan adik adik dia. Sebab dah diawalkan semalam, slot tu free satu. Leh lepak panjang sikit la kan. First. Merayap jap ke Klinik Verterinar. Kasi cucuk bontot itu Gebooz. Imunisasi tahunan dia. Tambah ubat cacing sekali. Balik. Sampai ke la tak bangun bangun lagi. Sakit la tu kengkonon tu. Hehehe. Setel kat situ baru gerak ke Taman Universiti. Amik roadtax dan insuran Almera yang baharu. Tarikh hari ni la jugak tu. Hehehe. Dari taman u, baru gerak ke kedai buku. Setel semua hari ni. Alhamdulillah. Nak lepak tido macam gebooz jugak la. Hahaha. Kalau program iqa hari ni, sampai ke la aku masih berlegar-legar melihat alam lagi kot.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berterima Kasih Atas Pemberian Orang Lain

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berterima Kasih Atas Pemberian Orang Lain عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ  لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ Abu Hurairah RA berkata, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, 1/702. Pengajaran: 1.  Orang yang tidak berterima kasih di atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, ia tidak bersyukur kepada Allah di atas limpah nikmat yang diperolehi. 2.  Al-Khaththaby: barangsiapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah Ta’ala dan tidak bersyukur kepada-Nya. 3.  Bahawa Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain.  Li

Home Sweet Home Renovation : 20171225 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171225 Progress.

Sekolah Tun Fatimah : 20171225 STF Brass Band's Special Performance for the Parents

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20171225 STF Brass Band's Special Performance for the Parents. Semalam. Awalnya setting date adalah pada hari ni iaitu 26 Disember. Kemudiannya diawalkan pada 25 Disember sempena cuti krismas. Siap ada potluck. Daripada sedikit, alhamdulillah; akhirnya sampai penuh meja berisi makanan. So. Semalam hantar dulu makanan kat laman pelajar. Singgah surau sebelum gerak ke padang untuk lihat performance khas yang diaorang dah praktis sejak dua minggu lepas. Selesai persembahan, terus gerak ke laman pelajar untuk makan. Diakhiri dengan amanat daripada Pengetua dan wakil parents. Esoknya flight ke Jakarta untuk pertandingan Grand Prix Marching Band (GPMB) XXIII tahun 2017. Harap diaorang akan dapat buat yang terbaeekkk!!!! All the best to all! Do your best!

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapan Untuk Pasangan Pengantin

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ucapan Untuk Pasangan Pengantin عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ Dari Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: "BARAKALLAH LAKA WA BARAKA 'ALAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)." (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hasan Sahih Pengajaran: 1.  Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka. 2.  Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan: بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ "BARAKALLAH LAKA WA BARAKA 'ALAIKA

Coursera Business Analytics Online Courses : DONE Course 3 - People Analytics

Imej
Coursera Business Analytics Online Courses : DONE Course 3 - People Analytics. Dilema jugak masa memula nak mohon course ni. Suntuk sangat. Week 1 ends on 25 Disember. Takut tak sempat. Sekali dah mula. Jalan terus. More on teori. Dengar dan fahami. Sekali pakai apps. Lebih mudah gini. ada subtitle kat bawah macam karaoke. Lagi senang kot nak faham. Rasa rugi pulak cetak sampai week 2 aje. Semalam sambung lagi. Dua last week yang perlu dihabiskan. Mulanya on track. Lepas tu. Ke laut. Banyak sesi perbincangan bersama bos hari tu. Alhamdulillah. Dapat jugak aku habiskan. Balik lambat sikit la. Turun aje dah gelap gelita. Mentang mentang esoknya cuti kan. Apapun. Course 3 sangat subjektif. Banyak teori diterangkan. Cuma kena pandai pilih bila nak guna. Bilamana dah main dengan manusia, memang bukan senang kita nak pakai formula atau algoritma tertentu. Setiap insan berbeza. Fahami. InsyaAllah. anda boleh selesaikan. Overall. Aku amik 3 hari untuk selesaikan. Sambil sambil nunggu katany

Jutawan Kejap

Imej
Jutawan Kejap. Lepas makan kat vanggey semalam tu. Singgah jap money changer sebelah dia. Memula nak tukar RM100 je. Pastu tanya RM250. Sekali tanya kalau nak 1 juta rupiah berapa. Bila lagi nak rasa jadi jutawan kan. Walau kejap. Walau 10 helai je. Hehehe.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Nasi Vanggey, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Nasi Vanggey, Johor Bahru. Yang ni memang serius aku pun pelik macamana tetiba main sebut aje tetiba sampai. Belasah macam biasa la apa lagi. Layan beb. Dah nama dedua utara kot. Taste lebih kurang aje. Kekeke. Memang marbeles kuah banjir melimpah dia. aku suruh taruk yang pedas tu lebih.

A little bit of Durian

Imej
A little bit of Durian. Semalam. Tak sangka pulak ada derian. Bos bawak khas dari kebun apek kat pontian. Maka, beruntung la sapa yang kerja pada hari itu. Amik la seulas. Jamah orang jerman cakap. Si adi sibuk lak buat propaganda aku dah start makan derian balik. Seulas je pun. Biasa la tu.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Awal Pagi Waktu Barakah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Awal Pagi Waktu Barakah عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلًا تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ صَخْرُ بْنُ وَدَاعَةَ Dari Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi SAW, baginda mengucapkan: "ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka). Dan baginda apabila mengirim expedisi atau pasukan baginda mengirim mereka di awal siang (awal pagi). Dan Shakhr adalah seorang pedagang dan ia mengirim perdagangannya di awal siang, maka hartanya bertambah banyak. Abu Daud berkata; ia adalah Shakhr bin Wada'ah. (Sunan Abu Daud No: 2239) Status: Hadis Sahih Dan adalah Shakhr seorang pedagang; ia mengirimkan perniagaannya dari awal siang (pagi h

Home Sweet Home Renovation : 20171223 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171223 Progress. Hari ni meriah. Ucu pun datang. Siap posing posing. Makan makan. Yihaaa.

Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga

Imej
Jenjalan Cari Makan : Asam Pedas Madu Tiga. Angah ni memang pantang dia kalau dah ke Pekan Nenas, wajib singgah Asam Pedas Madu Tiga. Kena pulak dok harung jem tadi. Memang kena sengsangat la kan. Perut pun dah minta diisi. Berenti. Asal tapau dah jadi makan sini. Layan aje ler.

Misi Duri Duri Hujung Tahun : Accomplished

Imej
Misi Duri Duri Hujung Tahun : Accomplished. Hari ni misi diteruskan. Ronda sepanjang Ulu Pulai. Rata-rata RM15 sekilo. Paling maksima RM30. Takpe. Kita teruskan lagi. Terus sampai Pekan Nenas. Punya la jem. Sepanjang jalan penuh dengan kereta berhenti. Manfaat cuti bersambung krismas ni la gamaknya. Aku je yang gatai kerja esok. Nak cerita jem, sampai sejam jugak baru aku sampai pekan nenas. Teruk tul. Akhirnya sampai jugak tempat dituju. Dapat a lot less dari yang kat ulu pulai. Hmmm.. Selesai misi. Balik. Pun sama. A bit jem. Tapi a bit kurang banding tadi. Suka la iqi dan ici dapat makan derian. Ici ja lambat sikit. Tido sepanjang jalan balik sampai la ke rumah.

Sluban : More set for the kebudaks

Imej
Sluban : More set for the kebudaks. Haisshhh. Pagi ni kena overtime sikit. Ramai pulak yang nak ngikut. Dah la gitu. Siap minta menan katanya. Sapa yang ikut sapa ni. Ish ish ish. Hahaha. Layankan aje ler. Lagi pun baik jugak untuk diaorang ni. Biar dia belajo pasang memasang ni kata orang kampung. Iqi amik army set, ici amik town; pak atan dia la apa lagi, angah pun diambikkan sekali. Set princess. Layan aje ler. Tinggi sikit level pemasangan dia. Terkial jugak iqi pasang. Tunjuk sesekali tetambah bila dia dah tersangkut. Alhamdulillah. Lepas jugak kat dia.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Pemberi Bukan Peminta

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jadilah Pemberi Bukan Peminta عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ Dari Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta. 2.  Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tangg

Yok Jenjalan : Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Anjung Nusajaya. Petangnya kami lepak kat Anjung. Belanja bulan kat Mydin. Sempat lepak sambil makan ecerem. Meronda Bazar Anjung yang bukaknya petang Jumaat sampai ke malamnya. Dapat la melantak jus avocado. Sedap pulak rasa dia. Rasa macam pelam epal yang diblend. Buang masamnya ye. Iqi makan pizza. Tak cukup cukup. Ici toksah cerita. Semua dia nak. Jagung la. Nenas la. Tak lupa beli subway untuk angah. Last last. Aku yang kena makan sampai habis. Haisshh. Balik. Singgah greatzone untuk beli beberapa barang untuk iqa.

Gebooz Gedikz : 20171222 Meet The Boss of Team Kucen Kayo

Imej
Gebooz Gedikz : 20171222 Meet The Boss of Team Kucen Kayo. Hehehe. Posin atas keter tau. Muka kena bongkak sikit. Ko ado? Ganas aaa.. Memula dia lepak kat jalan. Ngendap burung. Ingat leh tangkap ke burung atas wayar letrik tu. Sesilap keras tergigit wayar. Hahaha.