Pilihanraya Umum Ke-14 : Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara


Pilihanraya Umum Ke-14 : Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara

KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA

TENTERA
Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

POLIS
Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

PETUGAS MEDIA
Anggota media yang bertugas membuat liputan penjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.

PETUGAS PILIHAN RAYA
Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petugas-petugas pilihan raya yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya di Pusat Mengundi turut diberikan ruang untuk memohon mengundi secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar Pusat Mengundi di mana mereka ditetapkan bertugas.


KATEGORI PENGUNDI POS LUAR NEGARA

WARGANEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA
Warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar negara serta tidak berkesempatan untuk pulang mengundi di Malaysia, dibenarkan untuk memohon mengundi secara pos. Walau bagaimanapun mereka diminta memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.

PELAJAR DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN
Pelajar Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar negara kerana menuntut sepenuh masa serta pasangannya telah dikategorikan sebagai Pengundi Tidak Hadir. Mereka layak mengundi secara pos.

PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN
Kelayakan ini juga diperuntukkan kepada penjawat awam yang bertugas di luar negara serta pasangannya.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam