Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Step 1

Permohonan Kebenaran Pindah Milik Tanah - Step 1 : Consent

Imej
Permohonan Kebenaran Pindah Milik Tanah - Step 1 : Consent. Prosedur pindah hak milik tanah ni a bit tricky juga. Tapi kalau kita faham proses dia actually agak mudah cuma banyak kerja dan dokumen yang perlu kita sediakan sebelum kita uruskan. Ada 4 step actually. Dan kali ni aku nak cerita step yang pertama dahulu. Step pertama adalah Kelulusan Pindah Milik atau bahasa biasanya adalah Consent . Ni perkara wajib buat sebelum proses-proses lain menyusul. Semak geran dan anda akan dapati ada Sekatan Kepentingan yang diletakkan dalam geran tanah tersebut. Step pertama ini adalah untuk memastikan kita dapat kelulusan untuk permohonan melonggarkan sekatan tadi. Hadir ke Pejabat Tanah untuk mohon Consent. Bagi proses ini wakil sahaja pun boleh hadir. Kita akan dapat satu senarai semak dan borang permohonan untuk kebenaran pindahmilik bagi tanah yang ada sekatan . Jangan risau sebab pegawai yang mengurus tadi akan tandakan pada senarai semak tadi dokumen yang perlu kita sertakan bersama se