Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Paus terdampar di Pantai Rambah

Paus terdampar di Pantai Rambah

Imej
Paus terdampar di Pantai Rambah. PONTIAN - Seekor ikan paus seberat 3 tan dijumpai penduduk terdampar di Pantai Rambah di sini, kira-kira jam 2.00 petang tadi. Penemuan ikan paus itu  menarik perhatian setempat kerana disifatkan cukup unik kerana mamalia ‎itu hidup di kawasan beriklim sejuk dan tidak terdapat di kawasan perairan negara ini. Gerakan menyelamatkan ikan paus tersebut dilakukan oleh penduduk dan anggota penyelamat terdiri daripada Bomba dan JPAM. Ketua Operasi Khidmat Khas, Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan berkata, bot nelayan tempatan digunakan bagi menarik ikan paus yang berada hanya kira-kira 50 meter daripada kawasan tebing Pantai Rambah. "Ikan paus itu masih lagi hidup. Justeru gerakan menyelamatkan mamalia itu dilakukan dengan bantuan penduduk dan nelayan tempatan. ‎ "Kami cuba membawa ikan paus itu ke laut dalam, kerana ka‎wasan di tepi pantai Rambah agak cetek. "Ekor ikan paus telah diikat dengan tali, yang kemudiannya ditarik o