Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tragedi MH17: Bendera Negara Dikibar Separuh Tiang Sehingga Isnin Depan - Najib

Tragedi MH17: Bendera Negara Dikibar Separuh Tiang Sehingga Isnin Depan - Najib

Imej
Tragedi MH17: Bendera Negara Dikibar Separuh Tiang Sehingga Isnin Depan - Najib KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam ini sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, pada Khamis. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telahpun menyembah maklum perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Berucap dalam Perutusan Khas-Nahas MH17 yang bersiaran secara langsung menerusi RTM1, Najib menyeru semua rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, tidak kira latar pendirian politik, untuk mengadakan solat hajat. "Terus bermunajat serta berdoa kepada Allah agar Malaysia yang tercinta ini sentiasa selamat sejahtera, dijauhi daripada bala bencana, musibah atau segala ancaman yang boleh memporak-perandakan negara," katanya. Beliau berkata r