The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pelihara Solat Sunat Sebelum Subuh
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pelihara Solat Sunat Sebelum Subuh عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ Daripada 'Aisyah, bahawa tidak ada solat sunat yang lebih di jaga Nabi SAW daripada dua rakaat sebelum fardhu subuh." (HR Muslim No: 1191) Hadis Sahih Pengajaran: 1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh dalam amalan harian antaranya solat sunat. 2. Antara solat sunat yang dijaga agar sentiasa dilaksanakan Rasulullah SAW ialah solat sunat dua rakaat sebelum subuh. Marilah kita memelihara solat fardhu juga solat sunat mengiringi waktu. Antara solat sunat mengiringi waktu yang perlu kita bersungguh melaksanakannya ialah solat sunat sebelum subuh. #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 17hb Februari 2024 07hb Syaaban 1445H --- #mknaceunlimited #