Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025

Imej
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025.  Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV). Sehubungan dengan itu, PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut: Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos - 17 September 2023. 💬 Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September - 13 Oktober 2023. 💬 Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September - 27 Oktober 2023. 📆 Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 - 13 Oktober 2023. 📆 Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 - 27 Oktober 2023. Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut: 💻 Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/   💻 Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.