Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pembersihan

Pembersihan Ralat Modul Pengurusan Sekolah Negeri Johor kutipan Oktober 2017

Imej
Pembersihan Ralat Modul Pengurusan Sekolah Negeri Johor kutipan Oktober 2017. Hari ni seharian dengan Mustakim menyemak data yang bakal kami masukkan dalam siri verifikasi kali ni. Lebih banyak ralat kesahan yang akan kami semak, selaras dengan memastikan data yang lebih berkualiti, sahih dan terkini dapat dihasilkan. Dalam pengurusan data, tidak boleh rasa rasa, kena pasti; ikut pekeliling dan punca kuasa sedia ada. Setiap kekhilafan yang kita buat akan memberi kesan yang besar bagi keputusan yang bakal dibuat diperingkat yang lebih tinggi. Mulai bulan lepas kami dah mula keluarkan TOV dan hasil akhir secara infografik. Lebih jelas dan mudah difahami. Cuma bulan ni, satu lagi KPI baharu kami masukkan. Pengesahan atas talian menerusi Modul Pengurusan Sekolah. Secara mudah, berikut adalah KPI yang perlu dicapai oleh semua sekolah. KPI 1 : 100% pembersihan ralat S01 - S03 KPI 2 : Penurunan minima 30% pembersihan ralat S04 - S11 KPI 3 : 100% pengesahan data rasmi menerusi modul