Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hujan diturunkan sebagai rahmat

Hujan diturunkan sebagai rahmat

Imej
Hujan diturunkan sebagai rahmat. Alhamdulillah. Petang ni sejuk sikit suasana di kampung. Banding semalam. Panas terik. Terasa hingga ke sebelah malam. Hari ni. Syukur. Tuhan menurunkan rahmatNya. Dalam al-Quran ada disebutkan bahawa Allah SWT menurunkan air dari langit dan membantu menyuburkan muka bumi untuk tujuan bercucuk tanam. Seterusnya hasil pertanian akan memberi manfaat kepada manusia dan juga haiwan. Selain itu, hujan yang diturunkan dari langit juga menyerap jauh ke dalam tanah, ditapis dan dibersihkan oleh struktur tanah; lalu keluar sebagai mata air dan mengalir ke sungai-sungai untuk kegunaan seharian manusia. Hal ini telah dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT (Surah an-Nahl, ayat 10-11) yang bermaksud: "Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak; makan padanya. Dia juga menumbuhkan bagi kamu den