Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Keputusan UPSR 2015 Diumum 17 November

Keputusan UPSR 2015 Diumum 17 November

Imej
Keputusan UPSR 2015 Diumum 17 November Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Selasa (17 Nov). Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui mySMS 15888 yang diaktifkan bermula 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 23 Nov. Untuk menggunakan perkhidmatan mySMS itu calon perlu menaip UPSR angka giliran dan hantar SMS berkenaan ke 15888. Sejumlah 455,929 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,134 pusat peperiksaan seluruh negara. -- BERNAMA -- Foto : Berita Harian Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!