Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mohamed Azmin

Mohamed Azmin Menteri Besar Selangor Yang Baharu

Imej
Mohamed Azmin Menteri Besar Selangor Yang Baharu SHAH ALAM, 22 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali telah menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi BERNAMA di Shah Alam, Isnin petang. "Ya saya sahkan surat pelantikan (sebagai menteri besar baharu) telah diserahkan kepada Mohamed Azmin hari ini. "Pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Mohamed Azmin dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu," katanya. Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa. --BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!