Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Macross

MACROSS ?? A long lost CD-ROM

Imej
Lama gak aku tak terperasan pasal CD-ROM eksklusif ni. Terperuk jer dia kat dalam kotak simpanan CD-CD aku. Tu la pasal. Masa nak pindah dulu CD-CD ni jer yang aku bawak. Yang lelain tu aku campak jer lam tong sampah. Tak bernilai sangat. CD ni CD khas sempena ulangtahun ke 15 Macross. Memang susah tul aku carik. Tahun 1999. Kalau ikut sekarang ni kira ulang tahun ke 25 la Macross ni kan. Haiii.. Masih gila Macross lagi la aku ni nampaknya. Mana taknya, aku membesar bersama ngan katun ni. Mainan pertama aku pun aku beli Valkrie. Sapa tak tau apa tu Valkrie angkat kaki. Jangan malu. Dianya adalah pesawat terbang yang Rick Hunter bawak. Ala, yang kejap jadi jet, kejap jet kuar tangan, kejap jadi robot full. Siok woo.. Ni ler antara sebab bila cikgu tanya dah beso nak jadi apa, selamba aku jawab pilot. Sampai form three baru jawapan aku berubah.. Jadi PM.. Kelakar tul ingat balik ekspessi muka cikgu aku masa tu. Nombor dua jadi pilot (masih ada pilot tu), nomor tiga jadi saintis (padahal