Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1438H/2016M YAB PERDANA MENTERI

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1438H/2016M YAB PERDANA MENTERI

Imej
PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1438H/2016M YAB PERDANA MENTERI Bismillah hirrahman nirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'in Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad S.A.W. penghulu segala nabi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam Maal Hijrah Saudara saudari umat Islam yang dikasihi sekalian 1. Saban tahun, Maal Hijrah, disambut di pelbagai negara Islam seperti Malaysia. Sesungguhnya 1 Muharam, jika diteliti dari segi fakta dan sejarahnya adalah detik permulaan kiraan kalendar atau taqwim rasmi Islam, bermula pada zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab. Umat Islam Yang Dikasihi Sekalian, 2. Bersempena dengan temanya pada tahun ini, 1438 Hijriah, bersamaan 2016 Masehi, yakni ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’, dengan jelas memperlihatkan ehwal kesatuan dan perpaduan sebagai faktor utama terhadap keberterusan serta kesinambungan agenda syiar Islam dan umatnya. 3. Dalam pada umat Islam di