Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 7

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 4 : Aktiviti Minggu 7. Dalam diam kita dah masuk ke minggu ke-7. 49 hari dah kita duduk rumah. Minggu ni bermula perubahan drastik di mana PKP mula dilonggarkan, kita ke arah cara hidup yang lebih baik dalam memastikan rantaian tetap dapat diputuskan. Normal Baharu memang memberikan cabaran pada kita semua terutama dari segi sikap dan disiplin. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula mengambil tempat. Aku antara yang tersenarai untuk mula bekerja pada awal PKPB ni. Cabaran betul. Selama ni aku duduk dalam zon hijau dan kini aku kena bergerak keluar ke zon kuning. Pagi tu dah terkena. Blok penghalang masih belum diangkat menyebabkan aku terpaksa cari jalan alternatif ke opis. Alhamdulillah. Semuanya OK. Masa balik dah clear dah semua penghalang ni. Sebelum PKPB tu mama aku bawa keluar. Bagi dia pengalaman berada diluar setelah sekian lama duduk rumah. Memang kekok sikit la kan. Takpe. Kita akan move on dengan cara baharu ni.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 3 : Aktiviti Minggu 6

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 3 : Aktiviti Minggu 6. Semalam berakhir PKP Fasa 3. Nampak cantik graf dia. Harap dapat terus bertambah baik. Yang penting adalah bagaimana kita menguruskan diri dan minda di rumah. So. Untuk minggu keenam ni lebih aktif kami dirumah. Beberapa platform video conferencing rasmi diujicuba. Dari Skype, Webex dan Meet. Setakat yang aku test, Meet paling mudah dan agak ringan terutama untuk aku yang duduk di kawasan pinggir coverage. Meetims sektor secara video conferencing pun bermula selepas beberapa trial test dan precouncil. Boleh tahan. Cuba kekadang aku terpaksa tahan telinga lebih sebab line tak berapa stabil. Masak wooo. Paling teruk masa buat tadarus. Line aku dah sampai limit. Setengah jam last tu aku dengar bunyi putus putus aje sampai tak dapat tau apa cerita dan ditutup dengan... aku terkeluar terus. Masa untuk main dinosaur la. Sampai pecah rekod lama wehhh.. Belajar pun secara atas talian. Tapi. Nazak jugak nak ngabihkan. Nak

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 4

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 4. Dah masuk minggu cukup sebulan duduk rumah. Kebanyakannya dah jadi alah bisa tegal biasa, walau kekadang akan sampai masa boring tak tau nak buat apa terutama bila line tenet out. Minggu ni kebanyakan barang order online dah mula tiba. Bukan setakat barang, makanan pun dah mula ada yang diorder online. Banyak test resepi baharu pasal dah tak tau nak masak apa dah. Paling best sesi pencarian kertas A4. Punya banyak kerja PdP secara atas talian dan ada yang kena print. Kalau dah 4 anak ofcoz kertas akhirnya akan berkurangan. Kebetulan masa gi post barang yang dibeli secara online untuk tukar semula terjumpa kertas ni kat KK Mart sebelah kurier. Alhamdulillah rezeki. Minggu ni juga dah mula nak start gunting rambut sendiri. Tengok data dan analitik pun dah nampak makin OK. Cuma. Masih perlu hati-hati pasal data ni data aktif yang boleh berubah bebila atas kecuaian kita.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 3

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 2 : Aktiviti Minggu 3. Minggu ni kira dah masuk tahap tepu memasing. Boleh kata dah blank tak tau nak buat apa. Semua yang dibuat rasa dah tak best. Sebab dah jadi rutin hampir 3 minggu buat benda yang sama. Kita dapat nengok banyak kes kes sentap kat media sosial. Yang peliknya tu, masih ada yang tak paham maksud stay at home. Korang nak berterusan cenggini ke? Tolongla pakat duduk kat rumah. Walau boring macam mana pun. Kebudaks dah ok dengan kaedah pembelajaran. Cuma kertas macam dah mula nak habis. Masak juga ni. Keluar sekali. Pakai N95 belen jerebu tempoh hari. Banyak pembelian barang pun aku dah buat secara online. Paling best adalah bila satu pagi mama ajak makan lempiang. Apa lempiang? Kami orang utara sebut pek nga la. Kakaka. Ni la susahnya bila orang lain cuba nak try cakap utara ni. Banyak benda yang kami sebut lain, tadak dok keja tambah q ja tau. Dari segi graf harian nampaknya dah makin ok. Cuma rasanya lepas raya baru

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 2

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 2. Kebanyakan perkara dah dapat diuruskan dengan lebih baik berbanding seminggu pertama. Internet dah dapat dimanage. OK sikit la walau ada ketika slow. Kerja-kerja analitik kebanyakannya semuanya dah dicloudkan dan ada penambahbaikan dari segi pelaporan. Mama dah lebih mahir dengan pembelajaran atas talian bersama anak muridnya. Lebih banyak aktiviti dilaksanakan bersama kebudaks. Minggu 2 dimulakan dengan satu lagi kegusaran, Hari Gaji. PM sendiri dah maklumkan berkenaan dengan masalah yang bakal timbul sekiranya tak patuh sosial distancing. Alhamdulillah. OK juga la kat tempat aku. Terkawal. Kita la yang kena pastikan orang sekeliling kita juga patuh. Turut berbelanja bulan juga di Mydin, tapi kurang sikit la pembelian berbanding biasa. Kena ingat orang yang lain juga. Minggu ni juga ada buat order makan kat kedai. Kena jaga aliran tunai peniaga juga. Sesekali. Lagipun, kan dah gaji. Bolehlah kan. Masa ni juga first tim

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 1

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 : Aktiviti Minggu 1. Maka bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan atau singkatannya PKP pada 18 Mac yang lepas atau dalam bahasa inggerisnya Movement Control Order (MCO). Satu tindakan yang betul diambil bagi mengekang penularan wabak ni. Aku nampak beberapa isu, Yang pertama isu kecairan maklumat. Yang ni memang antara kerja buat aku. Jadi. Aku gunakan pengalaman untuk bantu sikit dari segi penyebaran maklumat. Sentiasa semak dan just share apa yang betul melalui akaun aku. Ini aje la yang mampu aku buat. Mama siap bebel dah macam call center dah aku ni. Tak lama lepas tu, dia pun sama sebab dok mula menumpu pembelajaran atas talian dengan kebudaks dia. Kerja buat aku pulak jalan macam biasa. Double dari biasa rasanya. Internet masa ni juga agak slow. Siap call digi tanya. Dua tiga hari macam apa ja aku. Memang susah tul hidup aku kalau takde tenet. Hampir blank beb. Seawal jam 6 pagi dah mula buat kerja harian aku, mula semak data, buat