Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PELAWAAN PENAJAAN

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2020/ 2021

Imej
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2020/ 2021. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 10 Februari 2020 (Isnin) sehingga tarikh tutup permohonan pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap secara serahan tangan atau pos ialah pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 - 8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada penawaranldp@jp