Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sekolah Dalam Hospital Sultanah Aminah

Lawatan Kunjung Bantu ke Sekolah Dalam Hospital Sultanah Aminah

Imej
Lawatan Kunjung Bantu ke Sekolah Dalam Hospital Sultanah Aminah. Lama tak ke sini. 14 Julai lepas, singgah sekali lagi ke sini bersama team maklumat dari Jabatan untuk membantu terutama dari segi pengurusan data untuk staf dan guru. Kunjungan kali ni lebih menarik. Sebelum ni, masa memula sekolah ni nak bukak. Dia punya operasi tak nampak lagi. Kali ni dah nampak sibuknya. Tujuan sekolah ni adalah untuk memastikan pelajar yang ditempatkan di hospital tak tercicir, terutama dari subjek teras. Cikgu di sini berkemampuan untuk membimbing pelajar dari prasekolah hinggalah ke Tingkatan 5, terutama dari subjek teras. Jumpa dengan penyelaras dan guru data. Jelaskan berkaitan EMIS, kaedah dan tindakan bila perlu. Kalau ada peluang dan keperluan, kita singgah lagi.