Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENCAPAIAN PPPM 2013-2025

PENCAPAIAN PPPM 2013-2025

Imej
PENCAPAIAN PPPM 2013-2025 Kita telah melalui tempoh setahun pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang penuh warna dan cabaran. Penggabungan semula dua Kementerian terbesar dalam perkhidmatan awam – Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi merupakan satu langkah berani kerajaan untuk menyelaraskan usaha memartabatkan sistem pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Di bawah PPPM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menunjukkan iltizam dan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk melaksanakan insiatif-inisiatif yang telah ditetapkan. Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan 2.0, KPM mengorak langkah dengan penetapan 1Agenda pada 5 Disember 2012 bagi memastikan kita semua bergerak dalam satu pasukan - satu nada, satu suara. Usaha ini telah membuahkan hasil kerana dalam masa 100 hari, KPM telah berjaya melaksanakan 6 sasaran awal yang telah ditetapkan. Kejayaan ini telah diumumkan oleh YAB Menteri Pendidikan di SMK Jalan 4, B