Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Permohonan rayuan haji musim 1437H/2016M

Permohonan rayuan haji musim 1437H/2016M

Imej
Permohonan rayuan haji musim 1437H/2016M. Untuk makluman, permohonan rayuan haji musim 1437H/2016M akan dibuka pada 18 Disember 2015 dan akan ditutup pada 20 April 2016 Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada: Bahagian Operasi Domestik, Lembaga Tabung Haji, Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH, 201 Jalan Tun Razak, 50732 Kuala Lumpur. Isi kandungan surat rayuan: i. Nama penuh ii. Nombor akaun TH iii. Nombor MyKad iv. Tujuan rayuan v. Tandatangan Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut. Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui: i. e-mel - th-info@lth.gov.my, ii. faks 03-77284959, atau iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran. Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC