The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Waktu Mustajab Berdoa
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Waktu Mustajab Berdoa عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda. Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa selepas waktu azan dan doa pada waktu hujan turun. (HR al-Hakim, No: 2534) Status: Hadis Sahih. Pengajaran: 1. Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya. 2. Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah akan diperkenankan iaitu: a. Doa selepas azan dan sebelum iqamah b. Doa pada waktu hujan mula turun 3. Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut, sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340). #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysia