Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57

Imej
PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57 Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57 berlandaskan kenegaraan serta berkonsepkan ‘Malaysia… di sini lahirnya sebuah cinta”. Hadiah utama berupa wang tunai  RM7,000 dan 10 hadiah saguhati wang tunai RM1,000. Sila layari www.ipptar.gov.my atau www.kkmm.gov.my atau www.malaysiamerdeka.gov.my untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. Untuk maklumat lanjut, boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my . Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014. Spesifikasi Mereka Cipta Logo a)  Reka  bentuk  logo  dihantar  menggunakan  kertas  A4  (ukuran  21cm  x 29.7cm)  berwarna  putih  dalam  komputer  grafik  dan  dilekatkan  pada kertas  tebal  atau  mounting  board  dan  dihantar  dalam  bentuk  softcopy menggunakan JPEG resolusi minimum 1280 x 960. b)  Setiap  reka  bentuk  logo  dan  warna  yang  digunakan  harus  tidak  kurang daripada  dua  warna  dan  tidak  melebihi