Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kod E di label makanan

Kod E di label makanan, halal?

Imej
Kod E di label makanan, halal? Apa itu Kod E pada label makanan? Ramuan/aditif makanan dengan kod E adalah haram? Banyak persoalan bermain dan diviralkan di media sosial sejak kebelakangan ini. Sebenarnya, melabelkan semua aditif makanan berkod E sebagai haram adalah TIDAK TEPAT. Sempat layari sumber dari JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Yok kita layan jap. Apakah Makanan Halal? Sebagai pengguna Muslim, sudah tentu kita ingin mendapatkan makanan yang halal sebagai sumber tenaga harian kita. Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam soal ramuan sesuatu makanan itu adalah mengenal pasti sumbernya sama ada ia halal atau tidak. Sesuatu makanan yang halal diperoleh daripada sumber yang halal iaitu yang berlandaskan hukum syarak : Daripada haiwan yang halal dimakan Daripada haiwan halal yang telah disembelih mengikut syarak Tidak dihasilkan daripada proses pembuatan arak Bukan daripada najis, darah dan bangkai Bukan daripada mana-ma