Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Solat sunat istisqa’ serentak seluruh masjid di Johor

Solat sunat istisqa’ serentak seluruh masjid di Johor

Imej
Solat sunat istisqa’ serentak seluruh masjid di Johor JOHOR BAHRU – Seluruh masjid di Johor  diminta mengadakan solat sunat istisqa’ serentak pada Jumaat ini bagi memohon kepada ALLAH SWT agar diturunkan hujan berikutan fenomena cuaca panas El Nino yang berlaku sejak pertengahan Februari lalu yang dijangka berlarutan sehingga April ini. Penasihat Majlis Agama Islam negeri, Datuk Noh Gadut berkata, solat sunat Istisqa' tersebut disarankan dilakukan serentak selepas solat Jumaat. “Perkara ini (solat sunat istisqa')  turut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan semua masjid di negeri ini mengadakan ibadah itu serentak memohon diturunkan hujan kerana cuaca panas berlarutan. “Kita juga akan mengadakan bacaan Yassin dan solat Istisqa’ di Empangan Sembrong,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Noh berkata, solat sunat mohon hujan di empangan tu akan dilakukan dalam masa terdekat. Terdahulu, Noh memaklumkan kewajaran untuk melaku