Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kumpulan pertama

Kumpulan Pertama 237 Jemaah Haji Johor Berlepas Ke Madinah

Imej
Kumpulan Pertama 237 Jemaah Haji Johor Berlepas Ke Madinah Kumpulan pertama 237 jemaah haji Johor berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini pada pukul 3.55 petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalib Abd Rahim berkata mereka berlepas menggunakan pesawat Malaysia Airlines MH8016. Baki seramai 163 jemaah haji lagi pula akan berangkat ke Tanah Suci hari ini. "Setiap bakal haji ini telah diberi peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM6,040 untuk menampung kos tambang. "Ia merupakan usaha yang telah dilaksana sejak 1952 dengan beberapa syarat termasuk penerima harus berkhidmat di negeri ini sekurang-kurangnya 15 tahun," kata beliau. -- BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci

Imej
Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci pagi ini dengan pesawat milik Arab Saudi. Majlis penghantaran mereka di Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya di sini, disempurnakan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Menurut Pengurus Besar Kanan (Haji) merangkap Ketua Rombongan Haji 1436 Hijrah Datuk Syed Saleh Abdul Rahman, pesawat SV5701 yang membawa jemaah dijangka tiba di Madinah pada 9 pagi waktu Arab Saudi. Perjalanan ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL mengambil masa 8 jam. Kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 1,000 bakal haji Malaysia yang dijadual berlepas ke tanah suci Ahad. Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Azeez berkata beliau yakin kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah keselamatan bagi memastikan musim haji kali ini berjalan lancar, susulan pergolakan di sebuah negara jiran. "Kita (TH) juga telah mengambil

Senarai nama kumpulan pertama mangsa nahas MH17 22 Ogos 2014

Imej
Senarai nama kumpulan pertama mangsa nahas MH17 22 Ogos 2014 Berikut merupakan senarai nama daripada kumpulan pertama mangsa nahas MH17 yang akan tiba esok, 22 Ogos 2014 di Kompleks Bunga Raya, KL International Airport. Krew: 1) Mastura Mustafa (F) 2) Ahmad Hakimi Hanapi (M) 3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (F) 4) Nur Shazana Mohamed Salleh (F) 5) Dora Shahila Kassim (F) 6) Lee Hui Pin (F) 7) Angeline Premila Rajandaran (F) 8) Chong Yee Pheng (F) 9) Azrina Yakob (F) Penumpang: 1) Foo Ming Lee (M) 2) Karamjit Singh Karnail Singh (M) 3) Ng Qing Zheng (M) 4) Mabel Anthony Samy (F) 5) Paul Rajasingam / Sivagnanam (M) 6) Elisabeth Ng Lyeti (F) 7) Ariza Ghazalee (F) 8) Muhammad Afif Tambi (M) 9) Noor Rahimmah Mohd Nor (F) 10) Mohd Ali Md Salim (M) 11) Hasni Hardi Parlan (M) sumber : BERNAMA Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!