Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Projek MRT: Jalan Susur Loke Yew Ditutup Sementara Dua Bulan

Projek MRT: Jalan Susur Loke Yew Ditutup Sementara Dua Bulan

Imej
Projek MRT: Jalan Susur Loke Yew Ditutup Sementara Dua Bulan. Tutup untuk kerja-kerja permulaan pembinaan MRT Lembah Klang. Jalan alternatif pun dah diberi cadangan. Harap selepas siap projek ni, makin bertambah baiklah sistem perhubungan di Lembah Klang terutamanya. Hmmm.. Agak agak. Kalau orang luar. Pakai GPS. OK ker tak yer. Harap OK lah yea. Foto shared from http://www.themalaysiantimes.com.my KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Jalan susur dari Jalan Loke Yew ke arah Jalan Cheras (arah Kuala Lumpur(KL)/ Maluri) berhampiran bulatan Cheras akan ditutup sementara selama dua bulan bagi melancarkan kerja-kerja permulaan pembinaan projek MRT Sungai Buloh-Kajang. Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan hari ini berkata jalan susur itu akan ditutup bermula Isnin hingga 12 Julai dari 10 pagi hingga 5 petang, setiap hari. Pengguna jalan raya dari Jalan Loke Yew menunju ke Jalan Cheras (arah KL) dinasihat menggunakan Bulatan Cheras menuju ke Kajang dan