Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sekatan baru

Sekatan baru

Imej
Sekatan baru. Hmmm... Gini la pulak jadinya. Padahal boleh dikatakan FB adalah satu medium terbaik yang aku temui paling berkesan dalam pengkolaborasian. Ada fungsi kumpulan (group), laman (pages) dengan pelbagai fungsi tambahan yang dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh guru. Aku sendiri dah lama menggunakan kedua dua fungsi ni dalam pengkolaborasian.  Sekarang ni facebook dah jadi satu medium yang digunapakai hampir di seluruh Malaysia. KPM sendiri ada laman Facebook, GM1M, malahan agensi-agensi berkaitan; malah PM kita sendiri pun aktif. Kumpulan juga aktif, SPS Malaysia, FrogVLE. Cuma apa yang penting kita kena pandai gunakan dan didik pengguna untuk tahu cara penggunaan yang betul. Tindakan menyekat bagi aku semacam satu penyelesaian jangka pendek (sekiranya ada).  Tanpa sebarang notis dan makluman rasmi sebegini, takut lain jadinya aje. Cam pepatah Inggeris menyebut, If you can't beat them, join them. Dan, jangan lupa join dan ubah pengguna ikut acuan kita. Hmmmm.... Ora