Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sultan Johor Pandu Trak Mack Ketuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 hingga 17 Mei

Sultan Johor Pandu Trak Mack Ketuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 hingga 17 Mei

Imej
Sultan Johor Pandu Trak Mack Ketuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 hingga 17 Mei. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menjelajah ke seluruh negeri ini dengan memandu trak Mack menerusi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 hingga 17 Mei ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata kembara kali ke-19 merentasi 10 daerah melibatkan laluan sejauh 842 kilometer itu akan turut diiringi dua trak Mack lain, dua bas, 35 motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson serta 10 pacuan empat roda. “Sultan Ibrahim yang diiringi kerabat diraja, pemimpin negeri dan ketua jabatan akan memulakan perjalanan dari Dataran Majlis Bandaraya Johor Baharu pada 14 Mei (Sabtu) dan berakhir di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan, Lebuh Raya Penyuaraian Timur (EDL), di sini, pada 17 Mei (Selasa),” katanya pada majlis prapelancaran KMJ 2016 di Istana Pasir Pelangi, semalam. Berangkat ke majlis itu, Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Su