Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Minggu Melawat STF bersama Iqa 20160219

Minggu Melawat STF bersama Iqa 20160219

Imej
Minggu Melawat STF bersama Iqa 20160219. Kali ni kami datang sebelum Jumaat. Dapat la duduk makan bersama. Iqa akan ke KL petang Sabtu. Ada pertandingan drumline katanya. So. Sib baik la kami datang lam 12.30 tengahari sebab dari pagi dia praktis bersama di gym. Buat pengumuman sampai dua kali. Yang datang rakan sedorm dia. Iqa di gym katanya. So. Kami terus ke gym. Kebetulan dah hampir habis sesi latihan sebelah pagi. Sementara mama dan iqa makan aku ke larkin untuk solat Jumaat.Selesai solat. Iqa sambung latihan. Mama join kejap. Dapat la nengok diaorang praktis. Tapi tak lama sebab diaorang malu malu bila ada mama. Good Luck esok. Iqa bagi hadiah dan kad besday awal pada mama. Kami pun singgah angsana jap. Nak cari beberapa buku untuk iqa. Dapat jugak aku kamus perancis yang dia nak tu.