Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel STPM: Peratusan Lulus Penuh Kebanyakan Negeri Atasi Peringkat Nasional

STPM: Peratusan Lulus Penuh Kebanyakan Negeri Atasi Peringkat Nasional

Imej
STPM: Peratusan Lulus Penuh Kebanyakan Negeri Atasi Peringkat Nasional. KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kebanyakan negeri mencatat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 yang diumumkan hari ini dengan ada di antaranya mencatat peratusan lulus penuh satu hingga lima mata pelajaran melebihi pencapaian peringkat nasional. Di KOTA BAHARU, peratus lulus penuh keseluruhan calon bagi Kelantan adalah 98.26 peratus atau 3,447 calon, mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu 97.64 peratus atau 40,995 calon. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Datuk Ab Aziz Abdullah berkata seramai 2,622 calon atau 75.2 peratus mendapat 5 dan 4 prinsipal daripada keseluruhan 4,176 calon berbanding 2,722 calon (72.86 peratus) daripada 4,662 pelajar pada tahun 2014. Di PAHANG, seramai 2,139 atau 98.89 peratus calon mendapat kelulusan penuh iaitu sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh berbanding 2,363 atau 99.08 peratus pada 2014. Pengara