Lepak


Lepak. Dah tak pepasal aku melepak dari semalam sampai hari ni. Ahad tu. Lepas balik dari Majlis Johor 4.0 dah mula rasa lain macam. Terus rendam ais. Sambung lagi lepas maghrib, lepas isyak. Tido. Bangun rasa lain macam ni. Sambung lagi ais. Gi kerja. Tak sedap betul. Terus semak kerja buat. Kasi setel semua. Dalam jam 10 pagi minta time off jap untuk ke Mahmoodiah. Masa ni dah makin lain dah kaki beb. Gedebak gedebuk. Selesai. Doc turuh makan ubat and take a day off. OK. Masuk opis dulu. Tapi rasanya makin tak sedap kaki ni. Ikut aje la apa doc suruh. Gerak balik. Berenti makan jap, Pastu telan ubat dan apply ubat sapu. Memang total lost kot. Bangun lepas asar dah mula rasa bisa. Tadi belum lagi. Just sakit biasa bila aku berjalan. Haiiishhhh. Tak senang baring dah ni. Sambung rendam ais dan lepas tu apply ubat sapu. Adesss.. Kena gi klinik jugak ni. Mama bawakkan ke klinik 24 jam tu. Dah kena suntik dan amik darah. Alang alang dah pucat muka aku minta satu lagi test darah. Lagi dua hari baru tau. Aku memang nak tau apa isu sebenar aku dari dulu. Tapi apa pun bila semak balik. Memang aku pulun habis dalam masa yang takde fullstop. Sempat la kaki nak mogok jap sekali sekala. Meh kita nengok ye walaupun korang yang selalu negok aku nyer blog mesti perasan.

Rabu : Putrajaya untuk meeting DTP dari rumah jam 5.30 pagi sampai rumah sempat gi Mydin beli barang untuk sekolah dia esok. Balik rumah bawak mam gi klinik. Sampai balik rumah jam 11 malam
Khamis : Perhimpunan bulanan. Tengahari di Selasih Sri Gelam untuk Majlis Shida
Jumaat : Ronda Johor Bahru cari barang iqa. Gi STF. Solat di Larkin Sentral. Balik meronda Gelang Patah cari barang rumah.
Sabtu : Dari pagi sampai tengahari di sekolah inaz untuk meetims PIBG sambung petang gi cari sangkar Cumee Cumee
Ahad : Batu Pahat untuk Audit. Keluar dari 6 pagi sampai rumah semula jam 7 malam. Jem teruk masa ni
Isnin : Majlis Johor 4.0 dari jam 11 pagi sampai 5.30 petang di Stadium Tertutup Medini

Tu aku tak tulis lagi tu yang sebelum Rabu tu. Aku anggap rabu tu permulaan pergerakan over aku. Memang patut kaki aku mintak rest jap kot. Harapan besar dapat full recover petang ni. Lagi dua hari leh nengok apa keputusan darah aku. Harap yang terbaeekkk!!!!

sempat jumpa geng lama. dah handle pendidikan khas pulak ye

first batch

makan jap. aku tok leh makan kacang panjang jugak ke?




ni asalnya nak wefie ngan aci. dia lari masa disnap

sekali lagi. cuma nampak alur rambut dia belakang dinding tu

second wave dengan siap cocok sekali

ni untuk test 1

ni untuk test 2

ada sikit kemerahan lagi pada kaki kiri. maybe kesan ubat menyebabkan aku rasa takde pape. bila gerak tadi baru perasan masih ada rasa sengal

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam