Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMPEN HOUR OF CODE

KEMPEN HOUR OF CODE

Imej
KEMPEN HOUR OF CODE Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 (2011-2020): Konsolidasi dan Kelestarian. Fokus Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); dan penilaian murid berasaskan keberhasilan.  A. Hour of Code  Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen P