Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengetua atau guru boleh rotan pelajar mulai 2017

Pengetua atau guru boleh rotan pelajar mulai 2017

Imej
Pengetua atau guru boleh rotan pelajar mulai 2017. Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, hu­­kuman tersebut ba­gaimanapun tidak di­benarkan dilakukan di depan khalayak ramai semasa perhimpunan, sebaliknya di dalam bilik. Menurutnya, cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017. Katanya, antara penambahbaikan peraturan adalah kewujudan jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah dan mewajibkan sesi kaunseling kepada pelajar bermasalah. “Kementerian sedang melakukan kajian terhadap garis panduan sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Disiplin Pelajar 1959 yang terkandung dalam Ordinan Pendidikan 1957 sebelum draf penambahbaikan itu dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi. “Usaha penambahbaikan ini bertujuan menjadikan peraturan disi