Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mesyuarat Pengoperasian Institusi Baharu

Mesyuarat Pengoperasian Institusi Baharu : Pasir Gudang

Imej
Mesyuarat Pengoperasian Institusi Baharu : Pasir Gudang. Lama bersawang dah blog aku ni. Sibuk no berjalan ke sana sini. Kita up yang paling latest dulu lah ye. Semalam. Ke Pasir Gudang. Ada meeting untuk dua sekolah baharu. Sempat sarap roti kosong cicah kari ayam sebelum meeting mula kat restoren area sekolah tu. Sekeping gambo pun aku tak ambik masa meeting. Sibuk mendengar. Sibuk menjawab. Sibuk membalas panggilan telefon. Yang ni yang banyak. Hehehe. Congest sikit kepala semasa mesyuarat berlangsung. Tapi. Alhamdulillah. Semua dapat diuruskan dengan baik. InsyaAllah. Selesai aje meeting. Terus turun ke lokasi tapak. Meronda. Selesai pasir gudang. Aku lajak ke satu lagi tapak. Tapak yang dah lama aku cari. Akhirnya. Semalam terjawab. So. Lepas ni kita tunggu aje permohonan. Semua tempat aku dah riki dan tagging.