Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Urutan Peristiwa Kehilangan Penerbangan MH370

Urutan Peristiwa Kehilangan Penerbangan MH370

Imej
Urutan Peristiwa Kehilangan Penerbangan MH370. Esok. Akan genap 60 hari kehilangan Penerbangan MH370. Pelbagai spekulasi dah keluar. Pelbagai cerita, pelbagai berita. Sampai kita sendiri pun dah tak nampak apa lagi dah. Apa pun aku benar benar berharap supaya misteri kehilangan penerbangan ni dapat dirungkai dalam masa terdekat ini. InsyaAllah. Aku share satu artikel kronologi yang dimasukkan dalam Bernama malam ni. KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 memasuki hari ke-59 hari ini, yang menyaksikan Malaysia dan beberapa negara mempertimbang fasa baharu operasi di dasar Lautan Hindi. Fokus pencarian kini beralih ke dasar laut selepas usaha pencarian dari udara, permukaan dan dalam air gagal menjumpai pesawat malang itu. Berikut kronologi insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370: * 8 Mac (Hari 1) - Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antar