Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERUTUSAN HARI UMNO

PERUTUSAN HARI UMNO 2015 YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Imej
PERUTUSAN HARI UMNO 2015 YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PRESIDEN UMNO Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. UMNO menyambut ulangtahun yang ke-69 pada tahun ini. Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana amanah kepimpinan yang dianugerahkan kepada UMNO telah dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin sehinggakan kita berjaya membela bangsa, memartabatkan agama dan memajukan negara Malaysia yang tercinta. Kita juga telah berjaya mewujudkan keharmonian kaum dan memelihara kestabilan negara dengan bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan parti komponen di dalam Barisan Nasional. Namun, sebagaimana yang kita tahu, kedudukan UMNO pada hari ini tidaklah sekukuh dahulu. Selain gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum ke-12 dan ke-13, UMNO juga sedang menghadapi masalah persepsi yang kian gawat. Tidak dinafikan orang Melayu masih meletakkan harapan yan