Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel majalah

Pendidik : Peluang keemasan guru muda berkarya

Imej
Pendidik : Peluang keemasan guru muda berkarya. Kalau diikutkan. Dah lama aku nak update pasal benda ni. Tapi asyik dengan kerja-kerja mendatang yang menyebabkan terlepas beberapa kali. Dah beberapa MT ambil tindakan mewar-warkan menerusi FB, dan aku pun dah free pagi ni. Apa salah amik sedikit masa untuk turut serta dalam mempromosi. Majalah ni akan diedar ke semua sekolah Julai ni. Beberapa artikel diperlukan dari guru-guru muda diseluruh negara. Jom kita turut serta! KEPADA SEMUA GURU-GURU MUDA 1Malaysia(GURU BAWAH 40). GM1M akan menghasilkan majalah buletin yang akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. ANDA DIPELAWA UTK MENYERTAI dan BERKONGSI PENULISAN BESERTA GAMBAR (JIKA ADA : Candid situasi) dan email kepada wakil kami di negeri: sholihinmokhtar@gmail.com   bayajasa@gmail.com   husmira23@gmail.com Versi baru majalah yang santai pasti akan mengujakan. Life style pendidik yang tidak pernah diketahui umum, kini akan dikongsi dalam majalah ini untuk tatapan umum. - S

Antara DM dan Mastika

Imej
Apa beza kedua-dua majalah di atas? Tapi dari satu sebab yang satunya memang sangat senang nak didapati dimana-mana. Dedua nih keluaran November tahun ni. Tapi yang satu tu memang susah sangat nak diperolehi. Kisahnya, aku semalam semayang kat stesen bas larkin. Lama tul aku tak beli DM. Kesnya itu lah. Susah sangat nak dapat. Sejak masuk PPD, memang aku kurang berkesempatan ke kedai buku yang terbilang lagi. Yang dapat.. gerai-gerai. Majalah biasa yang aku beli cam Majalah PC insyaAllah ada. Tapi tiba tang Dewan Masyarakat.. Ya ampunn.. bak kata sesetengah penjaga kedai.. apa tu.. ada lagi ka bang.. apa? mastika ka bang.. kejadahnya.. Susah sangat nak cari majalah ni rupanya. Hanya sesetengah kedai terpilih ja ada. Yang tu yang susah nak cari tu. Kalau dulu memang aku mudah dan senang nak gi kedai kedai sebegini. Tapi la ni memang susah.. mana sempat la kan.. Nampak sangat orang kita memang tak suka baca majalah sebegini. Leceh? bosan? mahal? Tak tau la mana satu yang betul..