Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pertandingan Merekabentuk Pavilion Johor

Pertandingan Merekabentuk Pavilion Johor

Imej
Pertandingan Merekabentuk Pavilion Johor. Kerajaan Negeri Johor mempelawa semua warga Johor untuk menyertai Pertandingan Merekabentuk Pavilion Johor yang terletak di ‘Malaysia Agro Exposition Park Serdang’ (MAEPS). Pertandingan ini adalah untuk merekabentuk Pavilion Johor yang menggambarkan Negeri Johor sebagai pengeluar utama tanaman makanan terutamanya sayuran selain menonjolkan identiti Negeri Johor. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua anak jati Negeri Johor untuk menyumbang idea bagi merekabentuk bangunan Pavilion Johor yang akan dibina di MAEPS. PAVILION JOHOR meliputi kawasan seluas 1,360.50 mps di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang terletak di Serdang, Selangor. Antara fungsi Pavilion Johor ialah untuk mempamerkan kemajuan pertanian di Negeri Johor kepada pengunjung terutamanya sempena ‘Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show’ (MAHA) yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani