Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penjawat Awam Terima Pemberian Khas RM500 Esok

Penjawat Awam Terima Pemberian Khas RM500 Esok

Imej
Penjawat Awam Terima Pemberian Khas RM500 Esok KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Seramai 1.6 juta penjawat awam akan menerima pemberian khas 2015 sebanyak RM500 seorang daripada kerajaan esok. Selain itu, sebanyak 1 juta pesara kerajaan juga akan menerima Pemberian Bayaran Khas sebanyak RM250 esok. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2015 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemberian khas itu diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat pada 2015. Ia tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2015. Pegawai yang layak dibayar pemberian khas itu antaranya ialah pegawai lantikan tetap, sementara, perkhidmatan kontrak dan guru interim serta pegawai bercuti separuh gaji. Pemberian khas kepada k