Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Surprise on my birthday

Surprise on my birthday

Imej
Surprise on my birthday. Pagi macam biasa. Bangun. Terus buat kerja profesional sampai mama pun sempat bebel. Abang ni menaip macam kerja kat pejabat. Loh. Taip laju je kot. Banyak tengah dok bincang ngan team. Selesai bab kokurikulum, sibuk pulak buat kerja profesional pengurusan kelas. Tetiba ada sarapan lak kat luar. Pergghhh. Terus kena marah pasal puasa hari ni. Salah ke? Nak tak nak makan aje ler sarapan tu. Sambung balik kerja sampai la ke tengah hari. Lepas je kelas abis tetiba ada lagi despatch datang. Aiyooo! Ada belon. Ada kek. ada mekdi. Hehehe. TQ mama and the whole famili. Siap ayo kata besday ni penuh ngan mergastua. Si ici elok aje dok susun semua toys dia kelilin. Ni lunch ada nasi arab pulak. Hmmm... Mewah juadah hari ni. Terima kasih semua. Buat Sahabat handai. Rakan taulan. Sanak saudara yang dari awal pagi dah ucap selamat dari pelbagai medium. Terima kasih atas ingatan kalian. Sedar pasal hari ni. Cuma kesibukan kerja tu menyebabkan aku lupa balik lepas dapat wish