Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Saya Yang Menjalankan Amanah

Penggantian Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" dengan Frasa "Saya Yang Menjalankan Amanah" dalam urusan penyediaan surat Kerajaan

Imej
Penggantian Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" dengan Frasa "Saya Yang Menjalankan Amanah" dalam urusan penyediaan surat Kerajaan berkuat kuasa 20 September 2018. Sepertimana yang kita sedia maklum, di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 : Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian VI, perenggan 6.4(g) telah menyatakan bahawa setiap surat hendaklah diakhiri dengan perkataan "Saya yang menurut perintah" di sudut sebelah kiri bawah surat sebelum tandatangan pegawai yang berkenaan. Sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, maka Kerajaan bersetuju supaya frasa "Saya yang menurut perintah" digantikan dengan frasa "Saya yang menjalankan amanah". Penggantian frasa ini hanya meminda perenggan 6.4(g), Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007. Arahan ini berkuat kuas