KAJI SELIDIK KEPUASAN PENGGUNA MALAYSIA SEDIA HADIAH MENARIK

KAJI SELIDIK KEPUASAN PENGGUNA MALAYSIA SEDIA HADIAH MENARIK


TERMA DAN SYARAT CABUTAN BERTUAH KAJI SELIDIK KEPUASAN PENGGUNA MALAYSIA

1. Cabutan Bertuah
  • Kaji selidik Kepuasan Pengguna Malaysia ini dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC) bagi mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan kerajaan, dan untuk mengenalpasti tahap penggunaan kaunter berbanding dengan perkhidmatan dalam talian. Cabutan Bertuah ini dianjurkan bagi menyokong Kaji selidik Kepuasan Pengguna Malaysia.
  • Cabutan Bertuah adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat serta butiran yang disertakan dan / atau garis panduan (jika ada sebagaimana yang dikeluarkan dan ditentukan oleh MDeC. Dengan menghantar satu penyertaan, responden bersetuju bahawa dia telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat ini dan bersetuju untuk terikat dengannya.

2. Kelayakan
  • Kecuali bagi mereka yang dinyatakan di bawah, mana-mana pengguna (rakyat Malaysia atau bukan warganegara Malaysia), yang melebihi umur 18 tahun dan pernah menggunakan Perkhidmatan Kerajaan Malaysia, sama ada di kaunter atau secara online, di mana-mana kementerian dan agensi-agensi berikut bermula dari 1 Oktober 2014 sehingga 31 Oktober 2015 adalah layak untuk menyertai Cabutan Bertuah:
    • Jabatan Pengangkutan Jalan ;
    • Jabatan Pendaftaran Negara ;
    • Jabatan Imigresen Malaysia;
    • Jabatan Kastam Diraja Malaysia;
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ;
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri ;
    • Pertubuhan Keselamatan Sosial ;
    • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ;
    • Kementerian Sumber Manusia ;
    • Kementerian Kewangan ;
    • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ;
    • Kementerian Pendidikan ;
    • Kementerian Kesihatan Malaysia ; dan,
    • myGovernment Portal.

  • Berikut adalah senarai orang yang tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah:
    • Ahli-ahli kakitangan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU);
    • Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan MDeC;
    • Ahli Jawatankuasa Kumpulan Kerja Teknikal Kerajaan Digital; dan
    • Ahli-ahli keluarga terdekat orang yang dikenal pasti dalam sub-Perkara yang dinyatakan di atas. Bagi tujuan Cabutan Bertuah ini, ahli-ahli keluarga terdekat adalah bermaksud: ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan anak-anak.
  • MDeC berhak pada bila-bila masa untuk mengesahkan kelayakan mana-mana responden dan untuk membatalkan penyertaan mana-mana responden yang tidak memenuhi kriteria.

3. Tempoh Cabutan Bertuah

  • Cabutan Bertuah dibuka dari 1 Ogos 2015 sehingga 31 Disember 2015. MDeC berhak mengikut kuasa budi bicara yang mutlak untuk menggantung atau melanjutkan tempoh cabutan bertuah untuk apa-apa sebab pada bila-bila masa dan tanpa sebarang liabiliti.
  • Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan melalui http://mypelanggan.mampu.gov.my.

4. Penyerahan penyertaan

  • Semua penyertaan Cabutan Bertuah hendaklah dihantar secara online melalui http://mypelanggan.mampu.gov.my semasa Tempoh Cabutan Bertuah yang dinyatakan dalam Perkara 3 di atas.
  • MDeC mempunyai kuasa budi bicara mutlak untuk menolak mana-mana penyertaan sekiranya penyertaan tersebut tidak lengkap, tidak boleh dibaca, rosak, dicacatkan, diubah, dipalsukan, tidak tetap dalam apa-apa cara sekalipun atau tidak mematuhi terma-terma dan syarat-syarat.
  • Tidak ada sekatan dalam bilangan penyertaan yang boleh dihantar oleh seorang responden dengan syarat, seorang responden hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.

5. Pemberitahuan kepada Pemenang

  • Pemenang akan dimaklumkan tidak lewat daripada 31 Disember 2015 melalui maklumat perhubungan yang dikemukakan dalam penyertaan Cabutan Bertuah dan akan diumumkan secara online http://mypelanggan.mampu.gov.my

6. Hadiah

  • Senarai Hadiah adalah seperti berikut: -
    • Dua (2) Hadiah Utama = Setiapnya terdiri daripada satu (1) unit Apple Macbook Pro 13"
    • Empat (4) Hadiah tempat ke- 2 = Setiapnya terdiri daripada satu (1) unit Apple iPhone 6 atau Samsung S6 Edge
    • Enam (6) Hadiah tempat ke- 3 = Setiapnya terdiri daripada satu (1) unit Go Pro atau Play Station 4
    • Lapan (8) Hadiah tempat ke- 4 = Setiapnya terdiri daripada satu (1) unit Samsung Galaxy Tab 4 atau Xiaomi MiPad
    • Dua Ratus (200) Hadiah Sagu Hati:
    • Lima puluh (50) baucer dari Lazada bernilai RM200 setiap satu
    • Lima puluh (50) baucer dari AEON bernilai RM200 setiap satu
    • Lima puluh (50) baucer dari Parkson bernilai RM200 setiap satu
    • Lima puluh (50) baucer dari Isetan bernilai RM200 setiap satu
  • Hadiah tidak boleh dikembalikan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh dipindah milik. Semua pemenang hendaklah menerima hadiah atas dasar yang sedia ada. MDeC tidak memberi sebarang representasi, waranti atau sebarang aku janji mengenai mana-mana terma dan syarat yang tersirat berkenaan dengan hadiah, termasuk, tetapi tidak tertakluk kepada kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. MDeC tidak akan menanggung sebarang liabiliti atau bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kekurangan hadiah dan tidak akan melayan sebarang surat-menyurat dalam hal ini.
  • Mana-mana hadiah yang tidak dituntut dalam masa 30 hari dari pemberitahuan akan dibatalkan. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan/atau ditukar. Tiada alternatif akan ditawarkan. Bagi mengelakkan keraguan, jika pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan, MDeC mempunyai hak mengikut budi bicara sendiri untuk memilih semula.

7. Pengecualian Liabiliti

  • MDeC, kakitangan MDeC, ejen-ejen dan wakil-wakilnya dengan ini menafikan sebarang dan semua liabiliti yang mungkin timbul berkaitan dengan Cabutan Bertuah dan sebarang material yang dihasilkan berhubung dengannya.
  • Di samping itu, MDeC, kakitangan, ejen-ejen dan wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab bagi apa-apa penyertaan yang hilang atau rosak dalam transit.

8. Pelbagai

  • Penyerahan sesuatu penyertaan merupakan persetujuan tanpa syarat dan penerimaan responden terhadap terma-terma dan syarat-syarat ini. Setiap responden- responden bersetuju untuk terikat oleh dan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat ini termasuk mana-mana pindaan, pengubahsuaian dan/atau tafsiran mengenainya.
  • Setiap responden dengan ini bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan MDeC, kakitangan, ejen-ejen dan wakil-wakil terhadap mana-mana dan/atau kesemua kerugian, kerosakan, hak, tuntutan dan tindakan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan cabutan bertuah (termasuk akibat daripada penerimaan, pemilikan , menggunakan atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau perjalanan kepada atau daripada apa-apa aktiviti hadiah berkaitan).
  • Tiada representasi, jaminan atau aku janji diberikan bahawa sebarang penyertaan yang dihantar oleh responden-responden akan diterima atau disimpan secara sulit. 
  • MDeC berhak untuk membatalkan, menamatkan atau mengubah suai cabutan bertuah atau terma-terma dan syarat-syarat tanpa notis terlebih dahulu, mengikut kuasa budi bicara mutlaknya.
  • Kegagalan MDeC untuk menguatkuasakan mana-mana terma dan syarat tidak akan menjadi pengenepian peruntukan tersebut.
  • Keputusan MDeC ke atas semua perkara yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan cabutan bertuah (termasuk pemilihan pemenang) adalah muktamad dan mengikat semua pihak yang terlibat.
  • Jika mana-mana terma dan syarat didapati oleh mana-mana mahkamah atau badan pentadbiran yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia tidak menjejaskan peruntukan lain dan kesemua peruntukan yang tidak terjejas olehnya hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
  • MDeC komited untuk mengendalikan semua data peribadi berhubung dengan cabutan bertuah dengan mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi- dan peraturannya di Malaysia. "Penyata Perlindungan Data Peribadi" yang diterbitkan oleh MDeC boleh didapati secara online di www.mdec.my/pdp Dengan menyertai Cabutan Bertuah, setiap peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Penyata Perlindungan Data Peribadi yang disebut di atas.
  • Cabutan Bertuah, terma-terma dan syarat-syarat sertabutiran yang disertakan dan/atau garis panduan (jika ada) yang sebagaimana yangdikeluarkan dan ditentukan oleh MDeC dan semua pertikaian dan perbezaan yang timbul daripadanya hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Para responden bersetuju bahawa semua pertikaian akan diselesaikan secara baik, sekiranya gagal mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam